Showing posts with label usim. Show all posts
Showing posts with label usim. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Family Day Financial Maths 2013!

Hai! Annyeong! Okay fine kali ni nak story event dah basi. Erkkk. Family day Financial Maths telah diadakan sem ni pada 5-6 Okt 2013. Dah nak dekat 2 bulan berlalu baru sempat nak hapdate. Hahaha. Busy sangat kayy.

Event kali ni di handle oleh batch 2nd year. Dulu kitorang yang bertungkus lumus menjayakan and handle but now turn diorang pulak. Kali ni buat dekat sajo dekat Impian Country Resort, Hulu Langat. Perjalanan ambil masa 2jam camtu je kott. Aku pun dah lupa sebab dah lama kan. Hahahaa. So jom cuci mata!

aktiviti group



tengoklah sendiri


inilah sungai nyaaa

makan dlm dulang/talam. sumpah best


fuhh fuhh rasa nak give up jee


wa ckp luu. licin woo tanah tuu

yg bdk laki je mampu sbb tgn depa kuat


lama betul nak sampai sberang

Sultan diiringi dayang2 di dlm hutan. yg tengah tu pengarah program

alumni FM

  
batch 1st year


batch 2nd year

batch 3rd year. ehemm

batch 4th year

esok pagi masuk hutan lagi

iman siap bwk beg daa nak masuk hutan. aku lek je dkt bwh tnggu dorang balik. kekee

flawless kau jahh. ni laa effect diselar. hoho

fazz sempat wat peace guna jari yg lebam

abes blaja mesti rindu saat ini. isk isk isk 

hutan ini telah kami tawan!

bye bye 

le group 3 




we're 6th Generation of FM! certain je ni sbb ada yg tak pegi

our familyyy :)

ada kenangan yang aku bawak balik sini sampai sekarang. That was my finger. Ouch. hahaa. Kenangan lain, biar ia tersimpan dalam hati :)

good job tahun 2 ! 



Saturday, November 09, 2013

ceritera aku dan dia

Hai! Assalamualaikum korang.

Dah lamaaaaaaaaa sangat tak update blog sebab lately ni busy sesangat. Mesti keluar ayat ni bila mula nak update. Hahahhaa. Sebab memang jarang update pun kan. Krik krik krik.
Okay dah stop merapu.

Nak story apa yang dah jadi sepanjang semester ni. Hmm Cik Kode busy dengan assignment, kerja tutorial yang berlambak, plus jadual class sem ni pack pada hari selasa dan khamis. Hari lain still ada class just tak sepack 2 hari tersebut. ‘sepack’? bahasa apa kau tulis ni kode? Ahhh bantai je laa kan. Manglish sangattt.

Yeahh and aku pun ada join jadi mentor untuk course aku untuk booth sempena pertandingan inovasi dekat Uni. So memang busy laa asyik dok meeting je. Dengan program LA lagi. Eh LA tu lawatan antarabangsa. Uni kitorang memang ada buat program ni. Ni bukan exchange student tapi memang semua orang dapat join. Tapi kena arrange sendiri laa semua. Dari paperwork, dana and bla bla bla. Haha.

Aku pulak jadi Biro Penajaan. So hari tu kena handle jualan sempena i-ceps. I ceps ni program student Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Diorang handle event ni so nanti masa dah final year diorang dah tak payah buat thesis. Best kan best kan. Sobsss. *teringat thesis wa*

Cerita pasal thesis pulak. Yesss aku dah kena start cari tajuk untuk thesis. Course finance memang blur kepala aku nak buat tajuk apa kan. Kalau aku course Bio ke Chem ke boleh jugak aku fikir macam mana nak buat pencuci muka guna isi kelapa ke, krim muka dari buah rambutan ke. Ni finance. Arghh memang blur laa nak fikir kan. And back to the topic tajuk first aku kene reject dengan madam sebab jurnal yang aku bagi tu level dia tinggi sangat. Oh my! Tajuk oil price je pun time tu aku pilih. Tapi malangnya aku salah pilih jurnal. Sobsss. So aku pun menjajar cari tajuk baru dengan pertolongan madam. Lepas done beberapa assignment, aku terjumpa note ni terselit dekat assignment aku

‘’tajuk you terlalu sama dengan syuhada. And she has proposed the topic first.’’

Why why why? 

Time tu rasa nak tension pun tak boleh sebab bukan aku dapat apa pun kan. So aku nyanyi lagu ‘rilek brader brader rilek’ je time tu. Okay tu aku tipu. Tension wehh. Siapa yang tak tension kan tapi nak buat camne hidup mesti diteruskan. So aku pun pergi laa menggoogle tajuk and jurnal lain. Alhamdulillah madam approve tajuk baru aku tapi dengan syarat tajuk yang aku dah extend tu takde lagi orang dekat Malaysia buat research tu. Okay bos!

And now cuti mid sem pun dah habis. Masih ada separuh semester lagi berbaki untuk aku redahi.

Semoga diberi kekuatan fizikal dan mental. Jasmani dan rohani. In sya Allah.


Friday, September 06, 2013

sem 5, tahun 3 dan perubahan

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi nafas dan peluang untuk mencoret di sini. And now beberapa hari je lagi semester 5 akan bermula. Semester 5? Kau dah sem 5 Kode? Number tu bila tengok macam banyak. Yes. Memang dah banyak sem dah aku jalani di bumi Usim tercinta ni. Dalam diam, dah 4 sem aku redah. And dah 4 sem aku belajar Maths dekat Uni. Alhamdulillah, tinggal 4 sem lagi berbaki. Persoalannya, mampukah aku?

Berbalik kepada sem lepas punya cerita, I admit it was so sad. Sad story. Sebab result aku super duper teruk. Seumur hidup aku tak pernah nangis sebab kecewa gila tengok result maybe sebab aku jenis cool-cool tak suka streskan diri sendiri kot and this is the first time. Apa pun yang dah jadi, aku redha. Nak dapat ikhlas tu payah. Nak ikhlaskan hati tu bukan benda yang senang. Tapi aku kena cuba. Mungkin Allah nak uji aku. Camne aku handle diri aku bila Dia menguji. Adakah aku bersyukur kerana masih diberi peringatan ataupun aku terus kecewa tanpa mengingatiNya.

Ujian ini sangat berat. Dan Allah maha mengetahui bahawa aku mampu untuk memikul dugaan ini. Mungkin juga Allah nak aku buat refleksi diri, kaji semula di mana silapnya aku. Di mana kesilapan aku supaya aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi kelak. Wahai hati, janganlah bersedih. Sesungguhnya dugaan ini untuk menguji betapa kuatnya iman kamu.

Jangan pernah lupa air mata yang menitis saat mereka yang lain bergembira itu menjadi saksi bahawa kau pernah merasai kegagalan. Kau pernah rasa kecewa. Kau pernah rasa seperti putus harapan. Kau pernah rasa nak give up dengan semua ini. Tapi air mata itu juga kekuatan. Biarkan ia mengalir deras, sederasnya hujan ke bumi, sederasnya air sungai yang mengalir. Biarkan ia mengalir. Yang pasti, bila tangisanmu kering, kau kembali. Kau bangun dengan azam dan semangat yang baru. Bukan sekadar omong kosong tetapi dilaksanakan dengan pendekatan yang kau rasa berkesan untuk masa depanmu.

Di sini aku selitkan kata-kata mereka,

‘’don’t be sad okay..i know how hard you try’’

‘’takpe jangan malu..belajar ni kena berani..orang repeat selalu dapat A..yang penting teruskan usaha,ada semangat belajar..malu tolak tepi..Kode boleh lah.. sem lepas Cuma kesilapan yang mengajar kita untuk Berjaya.. sem depan try belajar yang betul-betul boleh dapat dekan’’

‘’takpelaa ko boleh try lagi. Jangan putus asa. Kalau nak mintak tolong aku ajar boleh je tak kisah’’

‘’kalau repeat mesti okay punya. Dah belajar kan’’

‘’nak putus asa sekarang dah separuh jalan,melainkan kena move on. Mungkin ada salah silap kita masa belajar kita tak sedar kan. Sebenarnya orang yang gagal ni hebat bila dia bangkit semula dari orang yang tak pernah gagal. Repeat? Siapa sanggup. Cuma kita ni mengalami zaman kejatuhan sekarang. As long kau stand balik dan fight, kau akan okay. Entah-entah lagi baik’’

‘’sabar Dayah. Ikhlas tu bukan senang. Takpe mungkin bukan rezeki kau sekarang. Mana tahu dengan sabar kau,redha kau,kerja kau nanti dipermudahkan’’

''sem depan kena target betul-betul. dapatkan dekan''

terima kasih banyak-banyak ;')

Ya. Aku disini yang kecewa akan bangun. Bangun mencari kekuatan baru. Mencari semangat yang telah hilang. Berharap ia kembali mekar menyinar seperti dulu.





"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)







Allahu rabbi. Aku mohon kekuatan.

Welcome sem 5! Welcome tahun 3!


Kejap je rasa dah naik tahun 3. Tahun depan pulak naik tahun 4. Oh tidakkk ! belum ready nak tinggalkan zaman study sebab alam pekerjaan nanti serius berbeza. Penatt. Haha. Hope naik tahun 3 ni aku semakin matang. Matang dalam membuat keputusan. Matang dalam menentukan baik dan buruk. Matang dalam menangani masalah. Matang dalam berfikir bukan macam zaman budak-budak dulu. Semoga mataku akan terbuka jua dan melihat keindahan. Tidak terganggu oleh bayangan silam lagi. Aminn ya Rabbal ‘alamin. 



Saturday, June 22, 2013

Aku, Maths dan Sem 4

Assalamualaikum ! Hai Semester 4 ! Eh hai final exam !

final exam dah nak berakhir sebenarnya dan aku masih di sini. sempat mengisi masa-masa kritikal ini untuk update entry di sini. berharap ada sinar untuk hari esok dek kerana ke lautnya final exam kami semester ni. aku tak tahu,ke arah mana harus aku lemparkan sebab musabab susahnya exam kali ni. adakah kerana usia semakin menginjak naik, seiring dengan pertambahan jumlah semester dan jam kredit yang terlampau banyaknya?

kadangkala bila perasaan putus asa singgah di hati, mengasak di benak fikiran, aku cuba sedaya upaya halang ia dari terus masuk. aku cuba halang ia dari terus menjengah ke salur-salur darah dalam sistem tubuh badan ini. jari dan pena menari-nari, mengukir dan menulis sesuatu pada kertas, nombor dan huruf barangkali kerana study week ini adalah masa untuk aku khatam semua yang dipelajari sepanjang 1 semester ini. aku cuba kuatkan semangat, namun kadangkala semangat aku jatuh jua. jatuhnya air mata tanda kekuatan, bukan kelemahan. aku berperang dengan keinginan sendiri. aku sering tertanya-tanya apakah potensi diri aku yang sebenar.

di sebalik course financial math yang aku ambil sekarang, aku tahu. aku benar-benar tahu bahawa course ini luas bidang kerjayanya. kebanyakan tempat atau syarikat akan memerlukan pelajar yang mengambil bidang ini. aku akui aku terpaksa akur pada ketentuan Allah. aku redha ditempatkan di course ni. yang mana bila aku fikir sedalam-dalamnya ada kebaikan menunggu di situ. menunggu untuk menjadikan aku insan yang lebih matang dan lebih sungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

aku ada keluarga yang sentiasa ada menyokong. kawan-kawan yang setia menemani jatuh dan bangunku. yang paling penting Allah sentiasa ada. kekuatan itu datangnya dari dalam. terjunlah ke dasar hati,pasti akan aku temui ketenangan disitu, akan aku temui perasaan redha yang bertandang tatkala kekusutan menjengah.

aku bukan budak maths. seriously not. jadi aku harus berusaha double and triple triple triple untuk dapat sama-sama mengemudi bahtera yang penuh dengan nombor ini. andai salah panduan, pincanglah dari arah yang sebenar. berbeza dengan mereka yang sangat-sangat cinta pada maths, mudah tangkap bila belajar. aku juga mahu jadi seperti itu. namun aku perlu melipatgandakan usaha supaya dapat berjalan seiring dengan mereka, berada bersama dalam bahtera yang kami layari ini.

aku tahu aku punya kekuatan. ya Allah ya Rabbi bantulah aku.

*semester 4 akan berakhir berapa hari je lagi. this is our gegurls and #GangFM !

SPARK 


iftar jamai'e


retis ni !



2 budak comel !



game pun masuk jugak !




the lolals ! #GangMakJemah


2 paper lagi menanti. *fighting !

Tuesday, May 14, 2013

PBAKL 2013

Assalamualaikum readers !

Waaaaaa lama nya tak update. keinginan nak update tu membuak-buak cuma takde masa je. Eh bukan takde masa, tapi banyak benda lain yg jadi priority selain blog tersayang ni.huhu
Just nak share pasal PBAKL 2013 . Ape tu ? Stand for Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. hari tu aku pergi dengan member sekolah plus Usim. Kitorang pergi naik KTM je.

For those yang tak tahu location dia dekat mana, tempat dia senang je nak cari. senang gila lah orang cakap. kalau pergi naik ktm, just turun dekat TBS (Terminal Bersepadu Selatan). then ambil LRT ke PWTC. Kalau tak silap fee LRT tu just seringgit lebih je.hehe .fee KTM plak depend daripada mana korang gerak laa. memang save budget la kalau naik public transport yang bernama KTM ni.

then,sampai je PWTC turun je and ada laluan dia yang akan membawa korang ke tempat pesta buku a.k.a PWTC tu. tempat ni laa yang selalu orang atasan buat meeting.




Tip Muslim Bertakwa ni buku karya YDP USIM 




pakai uniform ada discount


pesta buku antarabangsa ni memang annually event so, no wonder laa orang ramai gila macam sardin. tapi kitorang pergi ni dah hari second last. so orang dah susut sikit laa bilangannya. Aim aku 1 je datang PBAKL ni. nak cari buku Ramlee Awang Mursyid. sebab tetiba je aku rasa dah minat dekat buku dia. padahal time sekolah dulu kawan baik aku sendiri sakan fanatik dengan penulis ni. dia beriya suruh aku baca buku-buku RAM ni tapi aku tak nak betul-betul tak nak. entah maybe time tu belum ada keinginan nak baca. hari tu rasa naluri kuat sangat nak baca tapi novel ni bersiri so aku kena cari yg novel first dia- Bagaikan Puteri. and baru laa boleh baca yang seterusnya.

sequence dia macam ni :
1.bagaikan puteri
2.cinta sang ratu
3.hijab sang pencinta

yang aku jumpa dekat popular and MPH just buku yang nombor 3 tu je. sedih gila. last-last aku decide untuk cari dekat pesta buku je sebab dekat sini confirm ada buku tu. hee

yeahh pencarian bermula.
penat juga tawaf kt pesta buku ni sebab kawasan dia luas kan. so for those yang tak suka jalan jauh-jauh tidak disarankan pergi sebab kang penat. dengan ramai orang lagi kan.

dah round ke berapa aku pusing-pusing dekat situ baru jumpa.
yeayyy yeayyy *excited .hahahaha

rak ni memang khusus untuk buku RAM


then yang paling best ialah kitorang dapat jumpa Hilal Asyraf. siapa tak kenal kan. novelis femes :)
ni link page nya Hilal Asyraf Official



saranan aku kalau korang pergi tak payah makan dalam tu sebab makanan dia memang mahal daripada biasa. so untuk save budget lagi, better pergi makan dekat mall luar tu yang location dia berhadapan dengan PWTC. disebabkan aku jenis bukan kaki novel cinta yang jiwang-jiwang tu, so mula-mula aku tak tahu nak beli buku apa. so buku RAM je yang berkenan dihati. and majalah Ujang dekat gambar bawah ni memang favourite aku daripada zaman sekolah :D

hasil laut untuk hari ini

tu je kot nak story pasal PBAKL 2013. hope tahun depan dapat pergi lagi. in sya Allah .



Thursday, April 11, 2013

Family Day FM by Gen6

Assalamualaikum readers ! *bajet macam banyak followers ,tapi aku tahu mesti ada silent reader tengah buka blog ni kan .ngehss .Ok perasan.

lama gila tak update blog.disebabkan kekangan masa. serius sem ni sangat busy. senior2 pun kata Sem genap macam sekarang ni memang packed. T.T

Aku nak story mory pasal Family Day course kitorang yang diadakan awal sem ni hari tu. seriously memang agak kelam kabut. Bukan agak tapi memang kelam kabut pun sebab batch kitorang yang handle kan. So aku as Timbalan Pengarah memang pening kepala gak nak handle biar semua lancar. Takut sangat kalau event nih tak jadi hari tu. Serius takut gila.

And . Alhamdulillah dah berjaya diadakan dengan jayany. Setelah bermacam-macam rintangan kami hadapi. Akhirnya sampai jua ke Teratak Riverview Tanjung Malim,Perak. *excited !

Sampai je sana ,kitorang kena naik trak. Serius terkejut gila. Before pergi memang tahu kena naik trak nak masuk dalam but tak sangka pula kena naik reramai macam ni. Memang menjerit sakan budak-budak ni dalam trak sebab pakcik tu (Encik Hakim) drive laju gilaa ! Even ada lopak air semua dia bantai laju je. Aku rasa belum pernah ada kes trak tergelincir kat situ. Sebab tu dia sakan bawa laju.HAHAHA

Kitorang duduk dorm sebab nak duduk chalet mak aihh mahal mak. Ni kan destinasi bajet *poyo .Class ekonomi so kena ambil yang murah and semua orang selesa la.

Malas nak berceloteh panjang. Jom tengok gambar !

memasing seronok main water tubing *terasa terapung ~
bawah tu mandi manda air terjun .sejukkkk angaaat

ni suasana masa explorace.sume dok pakat beratur sbb tunggu turn nak main ats jambatan gantung 

1.naik trak woi ! first time ever
2.memasing muka happy naik trak :)
3.banner kitorang .lawa tak ? ngehs
4.akak2 senior .yg 2 org tepi blah kanan tu bukan.

-susana tgh explorace. sampai ada game kene minum air tak sedap .hahaha
-eh,lompat dik lompat ! *junior kena main teng teng
-alin mat bunga dan gang faci syiro and timah 

-tuh Ustaz yg bagi ceramah :)
-masa makan jangan dilengah2 *muka lapar tu
-game malam2 sakan semorang relak2 je malam tu
-hamper2 yg akn dibawa pulang 

USIM dah penah dtg wehh !
selamat tinggal.jumpa lagi :)
Aku suka tempat ni sebab menenangkan. Jungle trekking dia penat sikit la sebab masuk hutan kan. Kesian mereka yang kena gigit pacat sampai darah-darah. Aku pula tak pernah nampak pacat tu macam mana bentuknya. *kampung saya tiada sawah

On the way balik *keluar daripada Teratak ke jalan besar, hujan turun membasahi bumi. Ya Allah serius lebat gila. Kitorang memang lenjun basah lunyai *eh lunyai ? apa-apa jelaah yang penting lebat sangat dah time tu. Memasing bukan nak melindungi diri daripada hujan tapi makin suka. Bukan selalu dapat main hujan macam tu. Aku siap nganga mulut sebab nak rasa betul-betul air hujan tu *jakun *jangan tiru aksi ini.

jeng jeng jeng . Tu laa sedikit sebanyak suasana di sana. Happy sangat sebab kitorang berjaya handle program ni. Walaupun ada kekurangan sikit takpe laa kami jadikan as pengajaran untuk masa akan datang. Best Moment Ever ! kalau ada rezeki nak jejakkan kaki lagi ke sini, even tempat ni takde phone coverage. Sabar jelah .Standard laa dalam hutan kan. But this place is such kinda a best and peaceful to go if you want to rest your mind, from problem and etc.
So, selamat berkunjung ke Teratak Riverview Tanjung Malim ,Perak ! *promote siap .ehee


Saturday, October 13, 2012

me and semester 3 #amanah

Assalamualaikum semua. Lately sangat lah busy ,memang ada niat tu nak update blog. tapi apakan daya tangan tak sampai. Cewahh *merepek dah. Actually ,semester 3 has coming .and i'm happy ! memang subjek-subjek dia makin susah. Biasalah dah second year kan sekarang, tapi aku happy. Alhamdulillah.

So many thing happen and banyak sangat nak cerita dalam ni tapi tak sempat pun. Kalau boleh, nak je update hari-hari. Nak cerita, masa awal-awal masuk second year, kitorang dah kena handle programme untuk student first year : "Hari ta'aruf First Year dengan senio-senior Financial Mathematics " . And aku sebagai assistant kena lah bergerak and buat kerja. Seriously memang penat + kene deal dengan banyak pihak ( Canselori ,Air cond kena tempah , Kene dapat approval daripada Ketua Programme lagi ) .
Benda-benda tu buat aku banyak belajar tentang tanggungjawab. Tugas bukan bebanan ,tapi satu tanggungjawab. Kalau benda kecil macam ni aku tak boleh nak handle, apa lagi projek yang besar-besar lepas ni kan ? :)



Nak cerita pasal tanggungjawab nih,memang sampai esok pun tak habis. Tapi ,tanggungjawab tu satu benda yang kita kena laksanakan di bumi Allah ni.
Peranan kita hidup di dunia ni sebagai :
1.Khalifatullah (pemimpin)
2.Dai'e ilallah (menyampaikan kebenaran kepada orang lain)
3.'abidullah (beribadah kepada Allah)

Okay dekat entry ni aku nak khususkan pada peranan yang pertama ; khalifatullah. Apa itu khalifah ? Khalifah bermaksud pemimpin. Setiap manusia itu adalah peimimpin. Cuma berbeza pada apa yang dipimpin, sejauh manakah kita melakukan tugas dengan bersungguh dan adil, bagaimana kita menggalas amanah yang dilakukan. Kalau dikecilkan skop, sebagai pelajar. Pemimpin itu bukanlah hanya Menteri,Sultan atau Pemimpin negara. Tapi ,ketua kampung juga pemimpin. Pengetua sekolah juga pemimpin. Ketua kelas,Ketua rumah tangga (suami ), abang atau kakak juga pemimpin kepada adik-adik mereka. Masyarakat juga pemimpin kepada orang lain.


Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An’am, 165 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Lihatlah, sebelum Allah tutup ayat itu dengan sifat-Nya, Allah telah sebutkan tentang ‘seksaan-Nya’.


Kita ambil skop yang lebih kecil, yang paling dekat dengan aku laa sebab aku yang post entry ni. Sebagai student, banyak taklifan yang digalas. Kadang-kadang dapat jawatan sebab orang lain cadangkan. Ada jugak yang mencalonkan diri sendiri. It doesn't matter. But the most important is how you manage to fulfill your task and all your work ? so,try to find it yourself. We might didn't realise that we did such a bad thing such as didn't fulfill our task given but only bersikap "lepas tangan" and give the task to another people although you know that you're the one that responsible to the task. It's not fair because you only think abot yourself and didn't think about some other people. Before this, people may respect you because of you charismatic character, but after this ? No one to befriend with you since you can't do even a single thing.

Come on lahh. Since we're in the community, please kindly do your work properly and don't take for granted the taklifan that you have got. As a Muslim,kita pun tahu kan. Bila kita sudah diberi amanah, dipertanggungjawabkan sesuatu, amanah tergalas di bahu. Nak dibayangkan betapa beratnya amanah tu. Hanya Allah yang mengetahui.

*Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya.

 Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

*Sabda Nabi s.a.w. dalam satu hadis yang bermaksud :
“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Di akhirat nanti, setiap kita pasti akan ditanya tentang tanggungjawab kita di dunia. Adakah betul-betul dilaksanakan atau tidak.
Seorang bapa dan ibu mesti ditanya , adakah mereka sudah mendidik anak-anak mereka dengan ajaran agama Islam yang betul ?
Seorang ketua kampung akan disoal adakah dia menjaga kebajikan masyarakat yang dinaunginya.
Seorang menteri dan raja juga akan ditanya, sejauh mana dia mentadbir negara dan kemana dia telah membawa rakyatnya, ke arah kebaikan atau keburukan, adakah mereka dizalimi dan tidak dijaga kebajikannya?
Seorang ketua juga akan ditanya, sejauh mana dia melaksanakan tanggungjawab membantu komuniti dan masyarakt sekelilingnya ?
Semua tanggungjawab akan ditanya, even dari sekecil-kecil tanggungjawab hinggalah ke besar-besar tanggungjawab. Semua akan terlihat di akhirat sana.Jadi,apa yang harus kita lakukan ? Masih terus mengabaikan tanggungjawab. Come on, bangkitlah ! Sebab tanggungjawab itu sangat berat. Hanya kita ni manusia yang terpilih. Yang dipilih oleh Allah untuk galas tanggungjawab ni kerana kita adalah manusia ,sebaik-baik kejadian. Hanya manusia yang mampu memikul amanah Allah ini. 

Jangan rasa lemah dan malas melaksanakan tanggungjawab .
" aku nak study jugak,takkan asyik nak g meeting je"
"tak baik cakap mcm tu, tanggungjawab ni kan amanah "
"kalau aku asyik sibuk handle programme tu,programme ni, macam mana aku nak ada masa untuk study ?"
"in sya Allah kau mesti ada masa, kalau kau bantu agama Allah, Allah akan bantu kau .percayalah dengan janji Allah"
"habis tu,bila aku nak study?"
"kau gerenti ke kalau kau tak buat ape-ape,kau akan 24 jam duduk study ngadap buku? tak kan ."
" errr..."
"pikul amanah ni pun dpt tarbiah kau supaya dapat handle masa dengan baik,elak kau daripada dok buang masa buat benda tak berfaedah"
"act aku malas nak g meeting.that's it"
"just fikir 1 je.amanah weh.nanti di akhirat akan ditanya.kau jangan kata aku tak beritahu kau plak .hari tu masa dapat jawatan kemain suka .ni nak abaikan macam tu je.kalau kau korbankan masa study kau untuk bantu masyarakat,komuniti macam ni,akan datang macam-macam Allah bantu kau.percayalah.mungkin belum nampak sekarang,tapi one day nanti who knows kan.rezeki Allah tu ada di mana-mana"
-hanya terhenti disitu.tepuk dada,tanya iman .di manakah anda ?


Friday, January 13, 2012

berakhirnya semester 1

Assalamualaikum ...
waaaaaaa...lama tak jenguk blog nih . lately aku sangatlah busy dengan nota - nota and buku tebal sebab minggu final exam .alhamdulillah .. bersyukur sangat . dah habis jugak exam . semua ada 4 paper semester nih . alhamdulillah dah berakhir .ada 7 semester lagi untuk diteruskan di bumi usim yang tercinta nih .

masa sekolah dulu aku memang tak suka maths .serius ! tapi bila degree kene ambil maths aku rasa macam nightmare laa jugak mula - mula . tapi lama - lama alhamdulillah .boleh laa go on slow - slow . tapi problem siket dekat ekonomi .you know what ,aku tak pernah langsung belajar subjek tuu . even kat sekolah or kat matriks .hayooo ! tapi nak buat macam mana kann .mungkin rezeki aku kat sini kene ambil subjek tuh .so ,kene teruskan jugak laa .chayok2 !

semester ni aku ambil mikroekonomi . bila teringat mikroekonomi,mesti teringat bila belajar subjek tuh dalam twitter dengan ex-schoolmate aku dulu yang sama - sama meneruskan perjuangan jihad menuntut ilmu di usim nih jugak . and more specific ,sekarang kitorang lecture-mate ..hahaha .so ,kitorang belajar mikroekonomi tuh dekat dalam twitterland je .sebab dah kesuntukan masa .study last minute laa katakan ..tapi takpe .kat mana - mana pun boleh yang penting niat kita nak menuntut ilmu .huhu



agak pelik jugak mula - mula belajar dalam twitter nih sebab tak berhadapan dengan orang tu kan .tapi ,so far .. okay laaa .alhamdulillah .dapat jugak faham apa yang kitorang dok belajar .menuntut ilmu kene sungguh - sungguh . haaaaaa .. sebab sungguh - sungguh tuh laa kitorang stay up tak tido siap melantak nescafe menghadap buku tebal yang boleh pengsan kalau kene penampor nih , notes - notes kuliah and laptop semestinya la kan.haha .. serius .
moral of the story : JANGAN study last minute ! memang kelam kabut .hahaha

and ,daripada situ laaa aku start love economy .hahaha .thank you Allah . slow - slow .lama -lama mesti suka ekonomi tuu .insya'Allah ..

setiap perkara yang Allah tentukan untuk kita mesti ada hikmah nya untuk kita ..
and Allah tak kan ambil something daripada kita tanpa memberi sesuatu yang lebih baik kemudiannya .. #tetiba

anyway ,aku rasa lega sangat sekarang nih .sebab exam dah habis .sekarang hanya tawakal menemaniku .hope result nanti tak mengecewakan ..rancangan hari cuti *padahal tak laa lama mana punn ..nak rehatkan otak je .hahahaha.bersedia untuk menghadapi gelombang semester 2 kampus life :D

p/s : thanks sebab ajar aku .sama - sama DL ! insya'Allah :)