Friday, September 06, 2013

sem 5, tahun 3 dan perubahan

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi nafas dan peluang untuk mencoret di sini. And now beberapa hari je lagi semester 5 akan bermula. Semester 5? Kau dah sem 5 Kode? Number tu bila tengok macam banyak. Yes. Memang dah banyak sem dah aku jalani di bumi Usim tercinta ni. Dalam diam, dah 4 sem aku redah. And dah 4 sem aku belajar Maths dekat Uni. Alhamdulillah, tinggal 4 sem lagi berbaki. Persoalannya, mampukah aku?

Berbalik kepada sem lepas punya cerita, I admit it was so sad. Sad story. Sebab result aku super duper teruk. Seumur hidup aku tak pernah nangis sebab kecewa gila tengok result maybe sebab aku jenis cool-cool tak suka streskan diri sendiri kot and this is the first time. Apa pun yang dah jadi, aku redha. Nak dapat ikhlas tu payah. Nak ikhlaskan hati tu bukan benda yang senang. Tapi aku kena cuba. Mungkin Allah nak uji aku. Camne aku handle diri aku bila Dia menguji. Adakah aku bersyukur kerana masih diberi peringatan ataupun aku terus kecewa tanpa mengingatiNya.

Ujian ini sangat berat. Dan Allah maha mengetahui bahawa aku mampu untuk memikul dugaan ini. Mungkin juga Allah nak aku buat refleksi diri, kaji semula di mana silapnya aku. Di mana kesilapan aku supaya aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi kelak. Wahai hati, janganlah bersedih. Sesungguhnya dugaan ini untuk menguji betapa kuatnya iman kamu.

Jangan pernah lupa air mata yang menitis saat mereka yang lain bergembira itu menjadi saksi bahawa kau pernah merasai kegagalan. Kau pernah rasa kecewa. Kau pernah rasa seperti putus harapan. Kau pernah rasa nak give up dengan semua ini. Tapi air mata itu juga kekuatan. Biarkan ia mengalir deras, sederasnya hujan ke bumi, sederasnya air sungai yang mengalir. Biarkan ia mengalir. Yang pasti, bila tangisanmu kering, kau kembali. Kau bangun dengan azam dan semangat yang baru. Bukan sekadar omong kosong tetapi dilaksanakan dengan pendekatan yang kau rasa berkesan untuk masa depanmu.

Di sini aku selitkan kata-kata mereka,

‘’don’t be sad okay..i know how hard you try’’

‘’takpe jangan malu..belajar ni kena berani..orang repeat selalu dapat A..yang penting teruskan usaha,ada semangat belajar..malu tolak tepi..Kode boleh lah.. sem lepas Cuma kesilapan yang mengajar kita untuk Berjaya.. sem depan try belajar yang betul-betul boleh dapat dekan’’

‘’takpelaa ko boleh try lagi. Jangan putus asa. Kalau nak mintak tolong aku ajar boleh je tak kisah’’

‘’kalau repeat mesti okay punya. Dah belajar kan’’

‘’nak putus asa sekarang dah separuh jalan,melainkan kena move on. Mungkin ada salah silap kita masa belajar kita tak sedar kan. Sebenarnya orang yang gagal ni hebat bila dia bangkit semula dari orang yang tak pernah gagal. Repeat? Siapa sanggup. Cuma kita ni mengalami zaman kejatuhan sekarang. As long kau stand balik dan fight, kau akan okay. Entah-entah lagi baik’’

‘’sabar Dayah. Ikhlas tu bukan senang. Takpe mungkin bukan rezeki kau sekarang. Mana tahu dengan sabar kau,redha kau,kerja kau nanti dipermudahkan’’

''sem depan kena target betul-betul. dapatkan dekan''

terima kasih banyak-banyak ;')

Ya. Aku disini yang kecewa akan bangun. Bangun mencari kekuatan baru. Mencari semangat yang telah hilang. Berharap ia kembali mekar menyinar seperti dulu.





"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)







Allahu rabbi. Aku mohon kekuatan.

Welcome sem 5! Welcome tahun 3!


Kejap je rasa dah naik tahun 3. Tahun depan pulak naik tahun 4. Oh tidakkk ! belum ready nak tinggalkan zaman study sebab alam pekerjaan nanti serius berbeza. Penatt. Haha. Hope naik tahun 3 ni aku semakin matang. Matang dalam membuat keputusan. Matang dalam menentukan baik dan buruk. Matang dalam menangani masalah. Matang dalam berfikir bukan macam zaman budak-budak dulu. Semoga mataku akan terbuka jua dan melihat keindahan. Tidak terganggu oleh bayangan silam lagi. Aminn ya Rabbal ‘alamin. 



No comments:

Post a Comment