Saturday, September 14, 2013

Weight Loss Project Part 1

Assalamualaikum korang!  Yeahh yeahh tengok tajuk tu gempak tak gempak tak? *sorok muka belakang almari* hahaha yess seperti yang korang baca sekarang ni aku sedang menjalankan satu projek mega. Projek ni lagi besar dari projek buat KLCC tau. OK tu aku tipuu. Besar laa bagi aku sebab pasal aku kan. Pasal body care, health care. Sayangilah diri anda. Macam tagline iklan pulak. Haha

By the way sekarang dah start sem 5 so baru rasa kesedaran kuat sikit nak turunkan berat badan. Tahun 1 dulu okay je maintain la. Start je tahun 2 memang terus menjulang tinggi ke langit. OK tu hiperbola dia. Sebab duduk hostel baru jauh so kitorang memang takkan nak jalan kaki kan. Dulu tahun 1 selalu gila pergi class jalan kaki sebab bas takde. Kadang-kadang waktu kita nak tunggu bas tu, bas tak on time la macam-macam hal la. Dah tahun 2 jarak perjalanan ke kampus dari hostel memang jauh. Around 13km macam tu. So pengangkutan yang aku naik ialah bas dan kereta. Plus fakulti baru FST kitorang yang jauh ke dalam membuatkan kitorang takkan jalan kaki ke situ. Gila? Hahaha.

Cuti dekat rumah hari tu pulak lepas puasa memang aktiviti memperlebar badan. Kuak lentang dekat rumah sebab tak kerja. So berat mesti naik kan. Tapi dekat rumah hari tu dah start diet sikit-sikit dah and kurangkan makan plus jogging. Tapi jogging 2 kali je. Err errr. Haha. Eh okay apa kan at least ada. Haha.
So naik sem baru ni gang aku Cik Syasya ajak diet sekali sebab dia pun nak turunkan berat badan jugak. So dengan semangatnya kami berganding bahu dan saling menasihati antara satu sama lain *over. Hahaha. And setelah mencari cara-cara amalkan pemakanan sihat and apa yang kitorang kena do and don’t dalam projek ni, then projek ni pun bermula.

1

2

3

Start first day kuliah sem ni kitorang stop makan nasi. Makan benda-benda berkhasiat je. Pagi-pagi aku memang minum anlene lepas subuh and before tidur pun minum jugak sebab ia bagus untuk kekuatan tulang. Untuk remaja macam kita boleh beli yang 19-50 tahun punya. Mula-mula rasa nak muntah minum anlene ni tapi bila dah lama-lama rasa sedap! Hehe. Bila habis yang ni aku rasa nak twist ke susu Sunlac pulak la. Susu ni takde dekat kedai biasa sebab dia jual dekat farmasi and kedai tertentu je. Orang ramai cakap dia punya kuantiti khasiat dia tu lebih kurang dengan herbalife. Cuma HL tu mahaiiii gila tak mampu kakak dik. Hahaha. Susu sunlac tu tak sampai rm20. Nanti dah habis anlene ni baru aku minum yang tu sebab baru tahu kewujudan susu Sunlac ni.


Then bila lapar aku suka makan buah. Macam contoh kalau kita tengok cerita dekat laptop tu kita mengunyah jajan ke cekedis ke biskut ke so sekarang tukar dengan buah. Tapi takde la sampai 24 jam aku nak mengunyah buah kan. Bila rasa nak isi perut aku capai buah. Buah kan berkhasiat.

ni buah lai 


Avoid junk food! Seriously berhenti! Stop! Stop makan junk food and air manis. Biskut-biskut, jajan semua jangan makan. Selain MSG dia banyak tapi memang tak elok untuk kesihatan. Senanye tu la antara punca kegemukan. Aku tak ambil Bio dah so pasal nutrition punya react ni aku dah lupa. Pity me. Tapi yang aku tahu jangan makan la. So skang memang pergi kedai pun order sky juice je. Air masak kauuu. Bagus betul. Plus boleh jimat sikit. Heee.

Sarapan pagi boleh minum nestum. Yang aku beli ni nesvita 3 in 1 senang je terus masukkan air panas. Sedia diminum! Jangan ambil makanan yang oily contoh ayam goring and so on. Untuk dinner pulak senanye tak boleh makan malam lebih daripada kul 8. Tapi better makan awal dalam pukul 6.30 macam tu. In case kalau ada class sampai malam ke kena get ready makan dulu la tak pun makan roti je tak pun buah je. Aku pernah bawa bekalan buah lai dalam beg pergi class. Hahaha. Untuk dinner yang tu aku selalu makan benda sup-sup je. Contoh bihun tom yam my favourite! And yang lain laksa my favourite juga! Sup daging ke. Macam tu la.


Last but not least exercise jangan lupa. Memandangkan jadual class yang tak menentu kitorang jogging time weekend je. Jumaat pun takde class so jadual jogging kitorang 3 hari seminggu la. Mak pesan jangan dok naik lif je. Ada tangga tu gunakan. Mak cakap kalau nak kurus naik bilik guna tangga tu. Bukan jauh sangat tingkat 4 je pun. Kadang-kadang bila rajin je aku guna tangga. Kalau tak tekan button lif je. Ngehsss. 
playground dekat taman sebelah hostel. ada track utk jogging


lepas jogging kita main buai ye

cuci mata pagi2


Banyakkan berjalan kalau nak bakar kalori. Shopping boleh kurangkan kalori okay. Haha. Perempuan kalau shopping mesti khatam 1 bangunan kan. Memang lenguh kaki tapi tanpa kita sedar banyak dah kalori kita terbakar. Gituhhh. Kalau nak pergi kedai seberang hostel ke, jalan kaki. Sebab boleh exercise sambil-sambil tu kan. Tapi pergi kampus tak boleh laa. Jauh baq ang semput nak jalan. Nanti lambat pulak masuk class.

Rasanya tu je kot untuk projek mega fasa pertama ni. Nantikan come back kitorang nanti ye! XD
Nak kurus bukannya diet terus tak makan. Boleh makan tapi kurangkan kuantiti dia. Kurangkan ambil makanan yang berkalori. Stop ambil makanan yang oily. And jangan lupa exercise! Biar hasil dia lambat-lambat sikit tapi consisten kan. Any idea recommended jangan segan-segan bagitahu ye. Bye3!



No comments:

Post a Comment