Sunday, February 21, 2016

Day 2



Tiba masanya aku rasa lelah dengan semua ini. Lelah dengan rasa yang tidak pasti. Yang aku tidak nampak jalan penghujung yang membawa aku ke arah cahaya. Semakin kelam, membuat aku tersungkur di perjalanan. 

Aku penat.

Terasa ingin aku berlari. Meninggalkan semua ini. Aku tidak pasti. Aku terkabur dengan garis-garis harapan. Yang membuat aku setia di sini. Setia menghadapi semua kelelahan ini. Andai benar ini sejati, mengapa ini terjadi?

Aku pernah merasakan kelelahan ini. Namun kerna cahaya yang menyambut lembut, hilang kegusaranku. Namun mengapa hanya seketika cuma?

Manusia itu tidak sempurna. Penuh noda dan cacat celanya. Mungkin Tuhan mahu kita mengerti akan kelebihan dan kekurangan itu ada. Kekurangan itu melengkapi, namun tidak semua kekurangan itu dapat kita lengkapi sesama sendiri. Mungkin kekurangan itu dilengkapi oleh yang lain nya, tetapi bukan dia yang kita harapkan. Siapa tahu.

Manusia itu pelbagai personalitinya. Bukankah kita harus meraikan perbezaan itu?

Manusia itu sifatnya saling menyalahkan. Melihat kesilapan sebagai satu material normal yang dapat diterima akal. Walaupun tanpa sedar, namun pengakuan itu melukakan. Pedih di lubuk hati yang terdalam. Siapa saja yang bisa melihat?


Izinkan aku berdiri di sini. Berhenti melangkah bersama-sama harapan dan kemanisan lalu. Bersama kenangan manis dan pahit yang ingin aku simpan. Biarkan janji dan harapan semalam berterbangan dibuai bayu pagi hari. Usai ia terbang jauh, sepenuh pengharapan ku pohon agar jangan kembali lagi. 



Monday, February 01, 2016

Berubah Kerana...


Ya. Manusia berubah. Manusia perlukan perubahan. Hanya ada 2 cabang, antara kau memilih untuk ke arah kebenaran, atau kesesatan.

Hanya sekadar mahu mencoretkan di sini. Ada satu cerita yang ingin aku kongsi. Walau cerita aku tak seindah mereka, namun aku ada cerita aku sendiri. Dimana menjadi helaian coretan yang mendewasakan aku.

Manusia tend to berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang sebab terikut-ikut orang. Orang pakai macam ni kita nak pakai macam ni. Orang lain muslimah kita nak jadi muslimah. Sebab lain, manusia berubah juga disebabkan manusia lain di sekeliling mereka.

Ya. Aku pernah berubah kerana manusia. Bukan kerana diri sendiri yang nak berubah. Hahaha terlalu kelakar untuk dikenang. Kenapa la bodoh sangat. Tapi takpe, pengalaman mendewasakan kan? Aku pernah crush dekat sorang mamat ni. Alim lah juga budak nya. Dia suka orang yang baik sopan alim gitu. So automatic aku pun nak tercalon la jadi dream girl dia. Aku ganaih kot. Entah macam mana boleh nak jadi sopan tetiba. Aku pun beli tudung labuh and pakai. Sebab nak masuk dalam list lah kengkonon nya. Lama-lama aku rasa bukan mudah nak istiqamah. Dalam diri ni pun jahil yang teramat. Aku jadi la normal balik. Jadi perempuan biasa.


Then, aku sedar. Berubah kerana manusia itu tidak kekal. Berbaliklah kepada tunjang utama. Dia yang menciptakan, dan kerana Dialah segala-galanya dilakukan. Tertunduk aku atas keagungan. Allah…

Saturday, January 02, 2016

Nawaitu


“innamal a’malu bin niat”

Kini aku mengerti kenapa Allah sangat menekankan niat dalam manusia melakukan sesuatu perkara. Walau apa pun yang kita lakukan, semuanya berpaksi pada niat. Baik niat mu, baiklah yang akan datang kepadamu.

Aku terbaca sesuatu di dalam buku:

“Semasa zaman jahiliyah dahulu, manusia yang sesat menyembah berhala, menandakan mereka tidak menyembah Tuhan yang Esa. Zaman sekarang pula, berhala tu wujud juga. Tetapi berhala tu adalah DUIT”


Tersentak…


Menusuk…


It’s a fact anyway. Kenapa nak terkejut? Memang betul kan? Baru terperasan?
Syukurlah Tuhan masih sayangkan kita. Masih ada peluang, masa, dan kesempatan untuk kembali kepada TuhanMu yang menciptakan.

Kenapa kerja?

“sebab nak income banyak”

“sebab nak ada duit banyak. Boleh beli itu ini”

“sebab nak cari duit la”

“sebab nak jadi orang kaya”

Berbalik kepada niat. Masih ada peluang untuk berubah.

“kerana ini adalah satu ibadah”

“ini tanggungjawab dan amanah yang saya harus lakukan”

“nak sampaikan ilmu Allah kepada semua orang, membantu masyarakat”

“bekerja adalah satu ibadah kepada Allah”

“saya lakukan yang terbaik, usaha yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah”

SEMUA YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN NYA

Ya Allah, sucikan hati ini daripada sifat mazmumah, sombong, riak dan takbur.
Jadikan aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur, menginsafi diri, menyedari kebesaran dan kekuasaan Mu, tawadhuk dan rendah hati

Semua ini hanyalah pinjaman dari Tuhan. Siapa kamu untuk meninggi diri? Siapa kamu untuk megah mendongak ke langit?


Ya Tuhan, istiqamah kan hati ini. Ameeen


Kembali


Saat aku kian terjelepok dan terjatuh, aku bingkas bangun, Mujur Tuhan beri kesedaran. Ternyata rahmat Allah sangat lah luas. Allah maha pengampun, maha penyayang. Terima kasih ya Tuhan atas rahmat Mu ini. Sungguh aku hanya manusia yang alpa dan leka.

Manusia. Mengapa kau begitu? Aku hampir tergelincir atas landasan kembara mencari diri, kembara mencari Tuhan. Aku lewati segala cabang yang aku temui, sehinggakan aku kelelahan di sini. Aku mencari dan terus mencari. Mencari diri, mencari persinggahan untuk aku berteduh sejenak, mencari ketenangan yang telah lama tidak aku rasai, berhenti dan berfikir sejenak, mengapa aku di sini.

Aku tidak temui jawapan. Sehinggalah aku bertemu Tuhanku. Ternyata aku masih tidak terlewat. Masihkah ada sinar cahaya dan pengampunan untukku? Adakah taubat dan penyesalan ku ini diterima dan ditimbang tara?

Sebesar pengharapan ku genggam. Dengan harapan aku masih tidak terlewat untuk mendapatkan pengampunan Tuhanku. Silam yang kelam aku campak jauh-jauh. Tidak akan aku menoleh ke belakang lagi. Walau sekali.


Tuesday, December 29, 2015

where is my destination?



I’m being forced to be a mature person. I have to coop with this task. Although I didn’t say that I will do. But I have to go through all this kind of thing. I have to leave my old student – leisure lifestyle and following this path that I didn’t know what is the end yet. I didn’t know how my life would be after all. And no one knows. What did I know is whatever it is and whatever it takes, I have to continue this life. I have to go through all this in other to survive in this cruel world. Indeedly, this Dunya is only a station before we reach the final destination – Akhirah.

No one wants a challenge. Everyone want a luxurious life, leisure – resting lifestyle. All those things we can get. In Akhirah. I have to coop with all those kind of people that I didn’t know. I have to deal with many people feelings. Including people who never respect my feeling but I have to do that for them. It was very hurt since I’m a human being too. But, in order to continue this life, I have to adept all those things. I know that this is a test for me. From Him. I know that He loves me. Very much. All those hardship and tears will be paid off one day. I bet.


Kode, keep faith. There is success ahead that waiting for you!