Saturday, October 13, 2012

me and semester 3 #amanah

Assalamualaikum semua. Lately sangat lah busy ,memang ada niat tu nak update blog. tapi apakan daya tangan tak sampai. Cewahh *merepek dah. Actually ,semester 3 has coming .and i'm happy ! memang subjek-subjek dia makin susah. Biasalah dah second year kan sekarang, tapi aku happy. Alhamdulillah.

So many thing happen and banyak sangat nak cerita dalam ni tapi tak sempat pun. Kalau boleh, nak je update hari-hari. Nak cerita, masa awal-awal masuk second year, kitorang dah kena handle programme untuk student first year : "Hari ta'aruf First Year dengan senio-senior Financial Mathematics " . And aku sebagai assistant kena lah bergerak and buat kerja. Seriously memang penat + kene deal dengan banyak pihak ( Canselori ,Air cond kena tempah , Kene dapat approval daripada Ketua Programme lagi ) .
Benda-benda tu buat aku banyak belajar tentang tanggungjawab. Tugas bukan bebanan ,tapi satu tanggungjawab. Kalau benda kecil macam ni aku tak boleh nak handle, apa lagi projek yang besar-besar lepas ni kan ? :)



Nak cerita pasal tanggungjawab nih,memang sampai esok pun tak habis. Tapi ,tanggungjawab tu satu benda yang kita kena laksanakan di bumi Allah ni.
Peranan kita hidup di dunia ni sebagai :
1.Khalifatullah (pemimpin)
2.Dai'e ilallah (menyampaikan kebenaran kepada orang lain)
3.'abidullah (beribadah kepada Allah)

Okay dekat entry ni aku nak khususkan pada peranan yang pertama ; khalifatullah. Apa itu khalifah ? Khalifah bermaksud pemimpin. Setiap manusia itu adalah peimimpin. Cuma berbeza pada apa yang dipimpin, sejauh manakah kita melakukan tugas dengan bersungguh dan adil, bagaimana kita menggalas amanah yang dilakukan. Kalau dikecilkan skop, sebagai pelajar. Pemimpin itu bukanlah hanya Menteri,Sultan atau Pemimpin negara. Tapi ,ketua kampung juga pemimpin. Pengetua sekolah juga pemimpin. Ketua kelas,Ketua rumah tangga (suami ), abang atau kakak juga pemimpin kepada adik-adik mereka. Masyarakat juga pemimpin kepada orang lain.


Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An’am, 165 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Lihatlah, sebelum Allah tutup ayat itu dengan sifat-Nya, Allah telah sebutkan tentang ‘seksaan-Nya’.


Kita ambil skop yang lebih kecil, yang paling dekat dengan aku laa sebab aku yang post entry ni. Sebagai student, banyak taklifan yang digalas. Kadang-kadang dapat jawatan sebab orang lain cadangkan. Ada jugak yang mencalonkan diri sendiri. It doesn't matter. But the most important is how you manage to fulfill your task and all your work ? so,try to find it yourself. We might didn't realise that we did such a bad thing such as didn't fulfill our task given but only bersikap "lepas tangan" and give the task to another people although you know that you're the one that responsible to the task. It's not fair because you only think abot yourself and didn't think about some other people. Before this, people may respect you because of you charismatic character, but after this ? No one to befriend with you since you can't do even a single thing.

Come on lahh. Since we're in the community, please kindly do your work properly and don't take for granted the taklifan that you have got. As a Muslim,kita pun tahu kan. Bila kita sudah diberi amanah, dipertanggungjawabkan sesuatu, amanah tergalas di bahu. Nak dibayangkan betapa beratnya amanah tu. Hanya Allah yang mengetahui.

*Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya.

 Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

*Sabda Nabi s.a.w. dalam satu hadis yang bermaksud :
“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Di akhirat nanti, setiap kita pasti akan ditanya tentang tanggungjawab kita di dunia. Adakah betul-betul dilaksanakan atau tidak.
Seorang bapa dan ibu mesti ditanya , adakah mereka sudah mendidik anak-anak mereka dengan ajaran agama Islam yang betul ?
Seorang ketua kampung akan disoal adakah dia menjaga kebajikan masyarakat yang dinaunginya.
Seorang menteri dan raja juga akan ditanya, sejauh mana dia mentadbir negara dan kemana dia telah membawa rakyatnya, ke arah kebaikan atau keburukan, adakah mereka dizalimi dan tidak dijaga kebajikannya?
Seorang ketua juga akan ditanya, sejauh mana dia melaksanakan tanggungjawab membantu komuniti dan masyarakt sekelilingnya ?
Semua tanggungjawab akan ditanya, even dari sekecil-kecil tanggungjawab hinggalah ke besar-besar tanggungjawab. Semua akan terlihat di akhirat sana.Jadi,apa yang harus kita lakukan ? Masih terus mengabaikan tanggungjawab. Come on, bangkitlah ! Sebab tanggungjawab itu sangat berat. Hanya kita ni manusia yang terpilih. Yang dipilih oleh Allah untuk galas tanggungjawab ni kerana kita adalah manusia ,sebaik-baik kejadian. Hanya manusia yang mampu memikul amanah Allah ini. 

Jangan rasa lemah dan malas melaksanakan tanggungjawab .
" aku nak study jugak,takkan asyik nak g meeting je"
"tak baik cakap mcm tu, tanggungjawab ni kan amanah "
"kalau aku asyik sibuk handle programme tu,programme ni, macam mana aku nak ada masa untuk study ?"
"in sya Allah kau mesti ada masa, kalau kau bantu agama Allah, Allah akan bantu kau .percayalah dengan janji Allah"
"habis tu,bila aku nak study?"
"kau gerenti ke kalau kau tak buat ape-ape,kau akan 24 jam duduk study ngadap buku? tak kan ."
" errr..."
"pikul amanah ni pun dpt tarbiah kau supaya dapat handle masa dengan baik,elak kau daripada dok buang masa buat benda tak berfaedah"
"act aku malas nak g meeting.that's it"
"just fikir 1 je.amanah weh.nanti di akhirat akan ditanya.kau jangan kata aku tak beritahu kau plak .hari tu masa dapat jawatan kemain suka .ni nak abaikan macam tu je.kalau kau korbankan masa study kau untuk bantu masyarakat,komuniti macam ni,akan datang macam-macam Allah bantu kau.percayalah.mungkin belum nampak sekarang,tapi one day nanti who knows kan.rezeki Allah tu ada di mana-mana"
-hanya terhenti disitu.tepuk dada,tanya iman .di manakah anda ?


No comments:

Post a Comment