Tuesday, November 13, 2012

berubah


Assalamualaikum.
Alhamdulillah.dapat lagi menaip untuk kesekian kalinya dan post something dekat blog yang lama tak dijengah ni.almaklumlah tuan nya busy dengan urusan duniawi yang tiada sudahnya. Namun semua ini harus diteruskan dengan senyuman di bibir dan keikhlasan di hati J

Sudah pagi. Dan aku masih belum mahu melelapkan mata. Kerja tutorial akaun yang tadinya aku tatap aku tinggalkan di tepi buat seketika. Ahh esok je lahh sambung. Sebab tetiba rasa nak tatap blog kesayangan pulak. Ada topic menjengah di fikiran. Mengetuk-ngetuk dinding-dinding sel otak dan menjalar dalam neuron di dalam otak ini.

First step pergi buat air milo sat. Untuk menjana idea .cehhh . Minum milo panas malam-malam macam ni memang awesome .Fuhh nikmat tak terkata . Tapi ni bukan milo aku. Aku mintak dekat housemate aku sebab aku memang tiada bekalan milo. Yang ada hanya Nescafe.

Apa yang aku merepek ni.Back to the topic. Seriously semua orang mesti ada pengalaman macam ni kan .’’ berubah” .apa tu ? pergi sekolah balik kalau tak faham .Tak pun pergi buka kamus dewan .Cari makna .Ok aku merepek lagi.

Thing that I want to highlight here is ‘’changes to a better one’’

Allah akan beri Hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Sebagai hamba Allah ,kita haruslah sentiasa berdoa supaya dikurniakan Hidayah Allah dan diberi petunjuk dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ada orang yang zaman silamnya gelap.kelam .Seperti tiada harapan untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Tetapi ada juga orang yang nasibnya baik sejak kecil sehingga dewasa, dididik dengan didikan agama yang secukupnya dari ahli keluarga, bak kata orang datang dari keluarga yang soleh dan solehah. Namun sejauh mana mereka dapat kekal di atas jalan yang mereka lalui ? Dan untuk mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan yang lagi satu ini,adakah selama-lamanya meraka akan kelam ?



Allah boleh tarik Hidayah yang diberi bila-bila masa. It depends on us .how we manage to handle ourselves. So bila Hidayah Allah datang,jangan tangguh-tangguh nak buat kebaikan .Jangan tangguh-tangguh nak berubah.Tapi berubah laa secepat mungkin sebab takut satu hari nanti tak dapat lagi Hidayah macam tu. Usah bertangguh dalam membuat kebaikan, mati akan menjemput bila-bila masa saja.Even kita berniat untuk melakukan kebaikan,itu sudah dicatat sebagai pahala .Hebat kan ?

Ayuh lahh sama-sama berubah !

Ya.berubah memang bukan suatu perkara yang mudah .Bukan something yang boleh dipandang enteng dan remeh. Kerana ia berkait dengan iman kita ,jati diri kita sebagai Muslim.

Ya.berubah memang bukan kerana paksaan orang lain.Tapi datang dari diri sendiri.Barulah ikhlas. Tapi,dalam bab kewajipan contohnya tutup aurat. Tak boleh kata “sampai seru laa baru I pakai tudung “ ..Kita tak boleh keluarkan statement macam tu sebab benda tu memang 1 kewajipan.So nak tak nak pun,memang kena buat jugak. Arahan dan peraturan yang telah Allah gariskan,kita hanya hamba yang menjalankan perintahNya. Ingat dan kenanglah kawan,nikmat yang Allah beri pada kita. Tidak terkira banyaknya. Bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas dan berada di muka bumi Allah yang maha luas ni.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Perubahan memerlukan masa. Ya memang bukan berubah secara drastik sebab kalau berubah secara drastik ni susah nak istiqamah kalau tak kuat iman. So untuk memulakan langkah,berubah lah sedikit demi sedikit. Allah pandang usaha kita yang sungguh-sungguh hendak berubah untuk mendapatkan redhaNya.



Perubahan juga memerlukan support daripada keluarga,rakan-rakan. Itu lebih membuatkan kita lebih kuat untuk berubah.Bila di perantauan, kawan-kawan lah yang paling dekat dengan kita sebab family jauh di mata. Kalau tak jalin hubungan baik dengan kawan-kawan,macam mana tu ? fikirlah sendiri.

Untuk mereka yang mula berubah kearah kebaikan, semoga istiqamah atas jalan yang ditetapkan dan istiqamah dengan apa yang dilakukan.

Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”
Air milo pun dah habis. Mata aku makin berat. Selamat malam readers J
p/s : balik KL ~







No comments:

Post a Comment