Saturday, December 01, 2012

sakit itu kaffarah dosa


Assalamualaikum .
Yes ,hari nih dah masuk bulan Disember .

Welcome Disember ! Kejap je dah nak habis 2012. Dan aku masih di sini , di bumi USIM ,masih meneruskan saki baki perjuanganku menuntut ilmu. Apa yang ingin aku ketengahkan dalam entry nih : Hargai nikmat kesihatan yang Allah berikan sebelum ia ditarik. Aku rasa ia tak terlalu sukar untuk difahami.

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Actually, minggu nih saya dilawat oleh penyakit yang sudah lama tidak menjengah. Asma yang telah lama pergi ,tiba-tiba datang kembali. Mungkin disebabkan faktor kepenatan setelah penat bertungkus-lumus handle kenduri kat rumah weekend minggu lepas. Ditambah pula dengan habit saya yang sangat gemar mandi malam *kelas malam + balik kelas sampai hostel pun tatkala sudah waktu malam .Didarabkan lagi dengan suasana and cuaca yang tidak menentu, memang padanlah kena penyakit ni tetiba.

Sakitnyaa hanya Allah yang tahu.

Sepanjang menjalani kehidupan di bumi USIM ,tiada siapa yang tahu tentang wujudnya penyakit ini dalam diri ini. Memandangkan sudah lama tak kena, aku ingatkan memang penyakit tu memang betul-betul dah tak wujud. Rupa-rupanya...

So member-member pun peliks + hairan "kau ada asma ke kode?"
time tu baru aku buka cerita.Sebab dah lama tak kena,aku pun dah lupa macam mana condition nya bila sakit .lol.
Dalam seminggu nih, dua kali aku pergi Klinik Hana, ambil MC . Hari first tak teruk sangat. Tapi selang sehari selepas itu, makin teruk .Aku pun tak tahu kenapa. Bila cheq ,Doktor detect aku demam .Eh ? demam jugak ? Aku sendiri pun tak tahu aku demam .Demam rindukah ?  #Eh

''awak kene sedut oxygen jap lagi.Teruk nih " kata-kata doktor mencuakkan aku.
aku pernah dua kali je sedut benda alah nih. Tu pun masa kecik-kecik,time teruk gilaa kondisi aku masa tu. Mak aihhh sekali kene sedut jugak.
sempat lagi snap pic.


Alhamdulillah ..lepas dapatkan alat bantuan pernafasan, dapat aku bernafas dengan lega. Lega sikit laa daripada sebelumnyaa. Alhamdulillah ,cuak gilaa kot. Fikir hidup dan mati je. Bagi yang pernah mengalami ,mesti akan faham apa yang aku rasa.

Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa. Penghapus dosa. Semoga aku sabar menghadapi semua ini.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

Gulppp. Telan ayaq liuq. Ada banyak hikmah Allah bagi kita sakit. Mungkin kita banyak lakukan dosa, and salah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kita dengan kita ditimpa musibah ditariknyaa nikmat kesihatan buat smeentara waktu.

Bayangkan apa yang akan jadi bila nikmat kesihatan ditarik. Kita nak lakukan ibadah pun payah sedikit. Ini memberi motivasi pada kita supaya menghargai nikmat kesihatan yang selama ini Allah kurniakan dengan melakukan ibadah. Memang kita busy dengan urusan dunia, tapi bekalan untuk akhirat kita selalu terlepas pandang *terasa lagi.Sobs

Saat mak and ayah tiada di sisi, terpaksa hidup berdikari melawan penyakit ini. Nasib baik ada kawan-kawan yang perihatin. Aku kuat lah weh. In sya Allah mesti baik punya..

Namun ,ada juga rasa kecewa dan terkilan di hati. Aku simpan saja di hati.Ah biarkan..

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.

Ya Allah,ampunkan dosa-dosa ku. Semoga dengan apa yang berlaku mematangkan aku ,lebih memberi pengajaran untuk aku yg selalu lalai ini.

Sembuhkan penyakit aku supaya aku dapat menjalani kehidupan dengan baik dalam menjalankan amanahMU di dunia ini  :')
terima kasih kepada yang memberi semangat dan keprihatinan . Allah jua yang mampu membalas :)

p/s : mc flurry di mana ya.hmmm :(


No comments:

Post a Comment