Saturday, December 15, 2012

people change


Assalamualaikum..

Alhamdulillah ,dapat juga menaip sesuatu yg bakal dikongsi dalam entry kali nih. Actually,honestly minggu ni ialah minggu yang tersangatlah busy se busy busy busy busy nyaaa bagi kitorang *banyaknya busy .haha .But seriously memang tension sebab assignment berlambak menjerit minta dibuat ,dan test yang bertubi-tubi membuatkan kami jadi mereng sekejap.lol. And now Alhamdulillah .Alhamdulillah Alhamdulillah almost all of our task have been done by this week .Tinggal 1 test je lagi and 1 assignment je lagi tak siap. Hope kitorang dapat laksanakan dengan jayanya. In sya Allah J

Back to the topic, I strongly agree that people change . And people change in various ways. Tak kisah laa berubah apa. Ada banyak jenis perubahan tu .

1.berubah sikap
2.berubah hati
3.berubah perasaan
4.berubah tabiat/perangai *sama je dengan sikap
5.berubah fikiran dan idea ,cara berfikir
And banyak lagi .Tapi kat sini aku nak highlight kan sikit je.hahaha

One thing yang aku sangat perasan dan nampak benda ni berlaku ialah “ berubah perangai/sikap/tabiat .
Okay,setiap manusia berubah .Tak kira laa berubah kearah kebaikan or keburukan. Kalau berubah kepada kebaikan tu Alhamdulillah laaa .Semoga istiqamah di atas jalan yang ditetapkan.

“Amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqamah ( berterusan ) walaupun sedikit”-hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hope kita semua dilindungi daripada berubah kepada keburukan .Sebab once dah berubah kepada kebaikan ni,bukan senang nak istiqamah .Perlukan kekuatan mental yg kental laa orang cakap kan.Actually pasal nih aku dah tulis kat 1 entry kat sini. So aku tak nak ulas panjang pasal ni. Aku nak cerita pasal benda lain sebenarnyaa .

Berubah hati ? Apa tuuu ? *jeng jeng jeng
Pernah dengar tak benda nih “ hati manusia berubah” . And ada jugak bait lagu Puan Sri Saloma “anak sungai pun berubah ,ini pula hati orang ,mengapa dikenang”. Apa aku melalut ni sampai ke lirik lagu bagai ? lol .Okay sebenarnya nak cerita hati manusia ni boleh berubah bila-bila masa di mana jua anda berada *macam buat iklan cekedish plak .ishh3 aku dah tak betul .
Hati manusia ni berubah sebab apa ye korang agak-agak ? Hati manusia ni ada dalam diri kita ,so bila Allah gerakkan untuk berubah ,memang berubah juga laaa. Ada hikmah nya yang pasti .Sebab Allah takkan cipta sesuatu tanpa sebab. Mesti ada something yang tersirat dimana rahsia ini hanya Allah yang Maha Mengetahui .
Kalau yang kita selalu dengar pasal hati berubah ni,mesti pasal suka kat someone . Seriously cliché tapi tu laa hakikatnyaa .kan kan kan ? *jangan pura-pura tak tahu.



Kes 1 : Ada someone ni crush kat seseorang yang dia minat .Maybe sebab orang yang diminati tu ada ciri-ciri yang dia adore .Tapi sampai satu masa ,dia tetiba tak suka dah dekat orang tuu. Haaa tu laa yang kita kata hati manusia berubah tadi .kan kan kan .Maksud nya di sini perasaan dia tu tak bertahan lama. Mungkin orang tu bukan jodoh dia.mungkin juga hati dia berubah sebab tahu perangai sebenar orang yang dia suka tuu .macam-macam kondisi ada . aku penah terbaca quotes ni “ Crush Is Only A Crush” .Maksud nyaa orang yang di minat tuu just untuk minat suka-suka je.Hmmm maybe tu sebab nya perasaan tak bertahan lama.Mungkin .

Kes 2 :Masing-masing couple lepas tu tak lama lepas tu diorang berubah hati .Mungkin salah seorang je yang berubah hati. And ada gak kondisi berlaku dimana both berubah hati *lagi senang laa camtu kan.fair.hahaha .Sebab tu jangan couple-couple sebab hubungan tu sesuatu hubungan yang tak pasti.Lagipun ini bukan sunnah Nabi .Lagipun Haram .Kenapa nak buat kan. Kalau before kahwin dah guna cara yang tak diberkati untuk menuju ke arah perkahwinan,macam mana rumah tangga nak bahagia ? Ye dak ? Aku bukanlah orang yang alim dan wara’ untuk tulis macam ni semua. Just aku nak remind sahabat-sahabat yang disayangi agar tak terjerumus ke lembah yang tak baik .Aku nak kita semua sama-sama grab benda yang baik and nak kearah Baitul Muslim pun mesti lahh melalui medium yang baik.In sya Allah J
Kata-kata Imam Hasan Al-Basri :
''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..''



Kes 3 :Ada seorang lelaki ni suka kat seseorang perempuan. And dengan beraninya memberitahu tentang perasaan dia .Bila kena reject,mula bengang gilaa sebab ye laa kena reject kan.Rasa macam dunia ni dah tiada apa-apa dah untuk dia. Alaaaa nama pun manusia.Benda tu semua kejap je. Selang beberapa bulan lepas tu,tuptup dah boleh suka orang lain dah . Seriously ini kajian tau .Bukan cerita rekaan.hahaha .Mula-mula beriya marah-marah and frust .adat lah tu kan .ye semua orang faham. Tapi tak terfikir ke macam mana dengan tempoh yang sekejap je dah boleh lupa semua tu. Memang setiap manusia lain-lain jenisnyaa. Ada yang senang nak lupa ,ada juga yang take time lama sangat untuk move on. Depends .

So aku nak highlight kan kat sini tiada benda yang kekal dalam dunia ni. Sedangkan hati manusia boleh berubah dalam waktu yang singkat kan.
Allah yang menggerakkan hati kita. Kalau Allah nak gerakkan hati kita,maka berubah lah hati kita .Ada hikmahnya disebalik apa yang telah terjadi. So as a Muslim ,kita kena doa supaya Allah tetapkan hati kita .Tapi bukan tetapkan hati kita suka kat crush ke apa.hahaha .Jodoh tu rahsia Allah .Jangan lah diberi kasih sayang dan cinta yang berharga ini kepada yang bukan halal .Simpan dulu dehh.hehe.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“(Mereka berdoa): ‘Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kamidan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” ( Ali ‘Imran : 8 )




Sama-sama doa supaya Allah tetapkan iman kita .in sya Allah . Fighting !



No comments:

Post a Comment