Sunday, December 30, 2012

burger bakar !


Assalamualaikum…
Hey guyz .Actually sekarang ni tengah study week. So mood study week laa kiranya .#eh Bajet je mood study week tapi menghadap buku bukan 24 jam pun .Hmm aku nak share something ni .Tadi (29.12.2012) kitorang gang #FMSacrificeGang pergi berjimba dekat Dataran Nilai .Before tu kitorang pergi Jusco dulu sebab Nabilah nak makan Big Apple .Dia teringin nak makan tiramisu .So kami pergi Jusco dulu.Then pengembaraan kami diteruskan dengan acara berjalan kaki kearah Dataran Nilai . Seriously kengkadang rasa tension duduk Nilam ni.Entah mengapa ,berbagai perasaan menjenguk di hati .So keluar adalah cara terbaik .Yeah ,lepas penat berjalan ,kami sampai gak ke dataran. *lap peluh di dahi

Yang paling best time kitorang pergi ni ialah malam ni ada ekspo macam biasa. Memang selalu ada khemah-khemah untuk orang bukak gerai dekat situ .And benda yang dijual tak payah cakap laa memang banyak gilaaa.Variety ! Untuk kaum hawa memang rambang mata bila datang situ *mata bersinar-sinar .Adat laa perempuan memang suka shopping kan .Even sightseeing pun tak kisah asalkan dapat cuci mata .HAHA

Round punya round ,ternampak gerai burger bakar .Nyum Nyum Nyum ! telan air liur ternampak sebab selama ni teringin nak makan tapi asyik tak dapat je pergi kedai kereta gantung tuu *kedai jual burger bakar di nilai.
So bila Nampak tuu memang rasa nak grab 1 lah kan. Syasya makan kuey teow dulu sebab dia dah terliuq Nampak perkataan kuey teow dekat signboard jual sup-sup.Aneka sup semua ada kat situ.Harga pun berpatutan .Tak rugi laa kalau pergi *macam mc JJCM pulak aku nih.

nyum nyum nyum


Aku pulak Nampak ABC je terus nak beli. Ingatkan dia minum dalam mangkuk tapi dalam gelas plastic.hmm pon boleyy .Disebabkan aku first customer akak tu,akak tu bagi discount rm1 untuk ABC tu.Hewww
Then lepas mengisi perut aku jenjalan lagi ,ternampak cempedak goreng .Awww hari tu teringat budak 2 orang ni dok tweet pasal teringin nak makan cempedak goreng .Aku pun beli je .Lepas tu beli cendawan goreng pulak .Haihh banyak betul kitorang makan.HAHAHA

Haaaaa baru laa boleh pergi cuci mata. Time ni perghh Nampak semua barang rasa at least nak grab 1 tapi malangnyaa kami dah jatuh sengkek .Yayasan Pama pun dah banyak peminjam tegar. So aku kena laa mengikat nafsu membeli belah ni seketat-ketatnya .Jangan bagi depa terlepas .Tunggu nanti dah full account aku,baru boleh shopping sakan .Hihi

guess who ? lol


Nampak budak-budak kecik .waaaaaaaaaaa cutetaaaaa ! comey nyaa semuaa .Ramai gilaa orang bawak anak kecik pergi melepak malam-malam kat dataran nih.And semuanyaa omey-omey .Ase nak je main dengan diorang .Opss akak-akak nih dah 20 tahun .Tapi perangai still macam budak-budak. Rasa dapat release tension bila tengok budak-budak kecik main.Haaaa macam ni laa kot rasanyaa perasaan orang yang dah membina masjid ek.Balik rumah mesti semangat nak tengok anak-anak. Main dengan anak-anak .huwaa *berangan .

Okay stop dreaming. Itulaaa cerita kami pada 1 malam yang tidak bernama. Entah aku pun tak pasti apa yang membuat aku mahu keluar pada malam tersebut .Cuma satu yang aku pasti, aku mahu pulang dengan hati yang lapang . Alhamdulillah .Semoga Allah beri aku kekuatan . *fighting !

No comments:

Post a Comment