Saturday, November 09, 2013

ceritera aku dan dia

Hai! Assalamualaikum korang.

Dah lamaaaaaaaaa sangat tak update blog sebab lately ni busy sesangat. Mesti keluar ayat ni bila mula nak update. Hahahhaa. Sebab memang jarang update pun kan. Krik krik krik.
Okay dah stop merapu.

Nak story apa yang dah jadi sepanjang semester ni. Hmm Cik Kode busy dengan assignment, kerja tutorial yang berlambak, plus jadual class sem ni pack pada hari selasa dan khamis. Hari lain still ada class just tak sepack 2 hari tersebut. ‘sepack’? bahasa apa kau tulis ni kode? Ahhh bantai je laa kan. Manglish sangattt.

Yeahh and aku pun ada join jadi mentor untuk course aku untuk booth sempena pertandingan inovasi dekat Uni. So memang busy laa asyik dok meeting je. Dengan program LA lagi. Eh LA tu lawatan antarabangsa. Uni kitorang memang ada buat program ni. Ni bukan exchange student tapi memang semua orang dapat join. Tapi kena arrange sendiri laa semua. Dari paperwork, dana and bla bla bla. Haha.

Aku pulak jadi Biro Penajaan. So hari tu kena handle jualan sempena i-ceps. I ceps ni program student Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Diorang handle event ni so nanti masa dah final year diorang dah tak payah buat thesis. Best kan best kan. Sobsss. *teringat thesis wa*

Cerita pasal thesis pulak. Yesss aku dah kena start cari tajuk untuk thesis. Course finance memang blur kepala aku nak buat tajuk apa kan. Kalau aku course Bio ke Chem ke boleh jugak aku fikir macam mana nak buat pencuci muka guna isi kelapa ke, krim muka dari buah rambutan ke. Ni finance. Arghh memang blur laa nak fikir kan. And back to the topic tajuk first aku kene reject dengan madam sebab jurnal yang aku bagi tu level dia tinggi sangat. Oh my! Tajuk oil price je pun time tu aku pilih. Tapi malangnya aku salah pilih jurnal. Sobsss. So aku pun menjajar cari tajuk baru dengan pertolongan madam. Lepas done beberapa assignment, aku terjumpa note ni terselit dekat assignment aku

‘’tajuk you terlalu sama dengan syuhada. And she has proposed the topic first.’’

Why why why? 

Time tu rasa nak tension pun tak boleh sebab bukan aku dapat apa pun kan. So aku nyanyi lagu ‘rilek brader brader rilek’ je time tu. Okay tu aku tipu. Tension wehh. Siapa yang tak tension kan tapi nak buat camne hidup mesti diteruskan. So aku pun pergi laa menggoogle tajuk and jurnal lain. Alhamdulillah madam approve tajuk baru aku tapi dengan syarat tajuk yang aku dah extend tu takde lagi orang dekat Malaysia buat research tu. Okay bos!

And now cuti mid sem pun dah habis. Masih ada separuh semester lagi berbaki untuk aku redahi.

Semoga diberi kekuatan fizikal dan mental. Jasmani dan rohani. In sya Allah.


No comments:

Post a Comment