Wednesday, November 20, 2013

bintang malam

aku hanya mampu melihat dari sini
melihat sesuatu yang aku tidak pasti dapat aku gapai atau tidak
melihat sesuatu yang ku rasakan sangat dekat
namun aku terjatuh saat aku mula cuba untuk menggapainya
terlalu jauhkah ia?
Terlalu tinggikah ia?
Terlalu tinggi sehinggakan aku menunduk lemah saat melontarkan pandangan ke arahnya
Dek kerana sinaran kekilauan yang terlalu terang
Tidak mampu untuk aku lihat lagi
Tidak berdaya untuk aku teruskan langkah ke depan
Langkah itu boleh jadi ke atas
Umpama jutaan bintang di langit
Yang paling kemilau sinarnya itulah yang menjadi dambaan mereka-mereka
Seperti juga aku
Aku mahu menggapai cahaya yang paling gemerlapan itu
Mampukah aku
Haruskah aku terus menanti di sini
Menanti ia jatuh dan menjemputku
Atau terus melihat dan melihat walaupun ia memberi seribu satu panahan yang menyilaukan
Memeritkan aku
Masih mampukah aku disini
Ku pohon ditunjukkan jalan untuk aku teruskan langkah

1 comment: