Saturday, June 22, 2013

Aku, Maths dan Sem 4

Assalamualaikum ! Hai Semester 4 ! Eh hai final exam !

final exam dah nak berakhir sebenarnya dan aku masih di sini. sempat mengisi masa-masa kritikal ini untuk update entry di sini. berharap ada sinar untuk hari esok dek kerana ke lautnya final exam kami semester ni. aku tak tahu,ke arah mana harus aku lemparkan sebab musabab susahnya exam kali ni. adakah kerana usia semakin menginjak naik, seiring dengan pertambahan jumlah semester dan jam kredit yang terlampau banyaknya?

kadangkala bila perasaan putus asa singgah di hati, mengasak di benak fikiran, aku cuba sedaya upaya halang ia dari terus masuk. aku cuba halang ia dari terus menjengah ke salur-salur darah dalam sistem tubuh badan ini. jari dan pena menari-nari, mengukir dan menulis sesuatu pada kertas, nombor dan huruf barangkali kerana study week ini adalah masa untuk aku khatam semua yang dipelajari sepanjang 1 semester ini. aku cuba kuatkan semangat, namun kadangkala semangat aku jatuh jua. jatuhnya air mata tanda kekuatan, bukan kelemahan. aku berperang dengan keinginan sendiri. aku sering tertanya-tanya apakah potensi diri aku yang sebenar.

di sebalik course financial math yang aku ambil sekarang, aku tahu. aku benar-benar tahu bahawa course ini luas bidang kerjayanya. kebanyakan tempat atau syarikat akan memerlukan pelajar yang mengambil bidang ini. aku akui aku terpaksa akur pada ketentuan Allah. aku redha ditempatkan di course ni. yang mana bila aku fikir sedalam-dalamnya ada kebaikan menunggu di situ. menunggu untuk menjadikan aku insan yang lebih matang dan lebih sungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

aku ada keluarga yang sentiasa ada menyokong. kawan-kawan yang setia menemani jatuh dan bangunku. yang paling penting Allah sentiasa ada. kekuatan itu datangnya dari dalam. terjunlah ke dasar hati,pasti akan aku temui ketenangan disitu, akan aku temui perasaan redha yang bertandang tatkala kekusutan menjengah.

aku bukan budak maths. seriously not. jadi aku harus berusaha double and triple triple triple untuk dapat sama-sama mengemudi bahtera yang penuh dengan nombor ini. andai salah panduan, pincanglah dari arah yang sebenar. berbeza dengan mereka yang sangat-sangat cinta pada maths, mudah tangkap bila belajar. aku juga mahu jadi seperti itu. namun aku perlu melipatgandakan usaha supaya dapat berjalan seiring dengan mereka, berada bersama dalam bahtera yang kami layari ini.

aku tahu aku punya kekuatan. ya Allah ya Rabbi bantulah aku.

*semester 4 akan berakhir berapa hari je lagi. this is our gegurls and #GangFM !

SPARK 


iftar jamai'e


retis ni !



2 budak comel !



game pun masuk jugak !




the lolals ! #GangMakJemah


2 paper lagi menanti. *fighting !

No comments:

Post a Comment