Friday, June 14, 2013

wishlist !

Assalamualaikum !

Holla ! Entry kali ni bertajuk wishlist. tapi wishlist siapa ? wishlist tuan punya blog laa. Adat la hidup dalam komuniti ni lagi-lagi gurls mesti selalu cerita apa yang diorang nak beli or apa benda yang ada dalam wishlist diorang. Alaa kalau shopping online orang kata add to cart gitu.

memandangkan ramai orang dah story pasal wishlist aku pun nak juga cerita laa *sibuk je .hahaha
aku memang ada note book kecil yang aku tulis note-note penting dalam tu. and aku suka tulis wishlist dalam buku biar aku nampak selalu and aku gigih untuk dapatkan benda-benda tu. nak minta daripada parent memang susah la sebab wishlist ni biasanya bukan keperluan. tapi kehendak. so tak dapat laa free daripada parent. hahaha
okay nak story ni.

1. Sony Xperia Ion
Aku memang sony user and aku sukaaa sangat handphone Sony Ericsson. sebab kamera dia cantik. tu je sebenarnya. dan peredaran zaman pun berlaku, mostly people use smartphone these days. so aku tak terkecuali la daripada orang yang nak beli benda tu. Plus kawan-kawan aku mostly smartphone user and diorang selalu bising sebab aku tiada WhatsApp Wechat KakaoTalk bagai tu. haha So memang lagi kuatkan desire untuk beli la kan.





Aku suka gadget warna putih. laptop pun warna putih. so handphone pun nak beli yang warna putih jugak :)


2. Nikon DSLR D5200
tarappapaaaaaa ! ok fine sekarang mostly orang adore dengan kamera ni sebab kamera DSLR ni gamba dia memang tip top. dalam laptop gamba yang di capture daripada DSLR memang lambat sikit nak view nya sebab gambar dia high quality and give full satisfaction to the user. memandangkan aku ada terfikir-fikir and terberangan yang aku nak involve dalam business photography in the future nanti so aku rasa worth kalau aku beli DSLR ni untuk masa depan yang cerah. *berangan supaya jadi kenyataan.who knows kan.



out of 3 colour, aku adore yg colour bronze ni !


3.Aquaria KLCC
waaaaaaaaaaaaaaa serius seronok kalau dapat pergi tempat ni. Actually masa sekolah dulu pernah jejak kaki ke sini. tu pun sekali sahaja. and sekarang dah lama dah, tempat ni pun mesti dah banyak berubah. Hope one day dapat pergi jugak. bukan jauh sangat daripada my uni tapi tu lah. masa kadang-kadang menjadi kekangan.
best datang sini sebab dapat relaks kan fikiran dengan tengok hidupa-hidupan laut. depan mata kot. dari sebesar-besar ikan sampai la sekecil-kecil siput. tapi memandangkan lokasi nye di KLCC ,harga tiket dia pun mahal jugak laa tapi aku rasa worth and affordable sebab tempat macam ni bukan senang nak handle. so banyak kos kene consider di situ *cehh bahana belajar finance




4. New MP4
yeahh aku nak beli benda ni sebab nak dengar lagu setiap masa di mana saja aku berada *macam iklan laa pulak.
and again, Sony sentiasa menjadi pilihan hati :)


5. Bunga Tulip di Keukenhof, Holland.
For those yang minat bunga tulip mesti tahu tempat ni sebab Keukenhof ni paling cantik and famous kalau bab bunga tulip. memang cantik ! hope one day dapat pergi :)




6. Bisnes sendiri.
Actually dari kecik aku memang tak minat bisnes. serius tak minat tapi time tu aku tak dapat zahirkan alasan why aku tak minat. tapi bila dah besar ni tetiba je minat. haha maybe sebab aku ambil course Financial Math kot *eh
Aku adore gila photography sebab tu nak beli DSLR tu. and then nak buat bisnes guna DSLR tu. heee .Kalau ada rezeki dapat laa .ameeen .

thanks sebab sudi baca entry yang panjang ni. cuci mata tengok gambar la ye .papai !




No comments:

Post a Comment