Wednesday, June 26, 2013

cara manage duit

Assalamualaikum ! haiiiiii semorang !

Hari ni nak story sikit pasal macam mana nak manage duit especially student. Mostly student dapat tajaan or pinjaman contohnya PTPTN, yayasan negeri, JPA, MARA or PAMA (papa and mama). So for those yang dapat JPA tu memang heaven laa kan sebab duit JPA bagi memang banyak. Mostly diorang yang dapat JPA ni mesti beli something yang mahal yang student biasa tak mampu nak beli especially gadget. Trend these days masing-masing berebut nak beli I phone, I pad, Samsung Glaxy Note. Sekarang dah makin banyak gadget latest keluar so student pun tak nak kalah. Nak beli jugakk kan. That’s normal.

Tapi macam mana untuk student yang just ambil PTPTN and yayasan negeri ni?

For those yang dalam golongan ni memang sangat susah laa kan nak beli sebab duit yang korang dapat tu bukan banyak mana pun. Lepas bayar yuran habis terus kering kontang. Eh takde laa sampai kering kontang. I mean duit tu ada tapi bukan untuk beli kehendak yang macam budak JPA dapat. So memang simpan untuk tahan sampai hujung semester.

So macam mana nak manage duit tu supaya tak tersasar dari landasan ?

First thing bila dapat duit tu, benda pertama yang ada dalam stage priority adalah YURAN. Yes yuran paling penting sebab kalau tak bayar yuran nanti slip exam kene gantung kan? Haha. Dan dan je dah 1 semester belajar tapi bila sampai masa nak print slip exam tak boleh sebab ada hutang dengan Uni. Tapi ini information tentang Uni kitorang laa. Untuk Uni lain aku tak pasti. Yuran pulak depends pada Uni tersebut. Ada yang mahal and ada yang murah best gileww. Yang aku tahu UiTM serius murah sebab yuran diorang tak sampai RM1000. Kami di USIM ni yuran sumpah mahal gilaaa *pengsan. Almost RM2k okayyyy. Tak tipu. Takpe laa redha je kan. So duit baki pinjaman tinggal seciput je. For those yang duit dia tak guna buat bayar yuran sebab parents yang bayarkan, memang best. Contoh kawan aku, tapi sebab selalunya duit tu akan digunakan untuk benda lain contoh minyak kereta, duit bayar saman(kalau ada), duit servis kereta, duit basuh kereta. Sebab bila dah own kereta so banyak la duit sampingan yang perlu dibayar. Sebab tu ayah dia bayarkan yuran.

Lepas bayar yuran?

Okay lepas tu kita asingkan duit untuk kita guna untuk beli keperluan seharian yang kita jarang pergi beli tapi sangaaat penting. Contohnya sabun basuh baju,ubat gigi, berus gigi,pencuci muka,alat bedak,kecantikan and mekap(untuk gurlss),sabun mandi, benda ehem2 perempuan and etc. haaa benda ni semua penting sebab kadang-kadang bila dah habis baru kita g kedai beli. Ataupun time dah nak habis baru kita pergi kedai beli. 

So dalam tanpa kita sedar banyak duit kita keluarkan yang kita tak sedar dah berapa kita belanja untuk benda ni. Worse bila barang-barang ni habis time kita tengah kering duit tak banyak dah. So bad. So aku cadangkan korang beli dulu benda-benda ni masa awal semester banyak-banyak. Tapi jangan laa over. Bajet-bajet ikut keperluan dalam 1 semester estimate kita guna banyak mana. Jangan sampai terkurang and jangan sampai terlebih sangat. Tapi kalau terlebih pun takpe,boleh guna untuk semester depan nya. Memang banyak keluar duit time ni tapi ni 1 investment (buku finance cakap). Untuk simpanan masa akan datang kan. So bila dah beli rasa lega dah, akan datang takde laa kita guna duit kita untuk beli benda-benda ni. So boleh digunakan untuk benda lain.hee

Dah kira belum duit tinggal berapa?

Duit yang tinggal tu akan kita gunakan untuk perbelanjaan seharian. So use it wisely. Biasanya dalam class mesti ada AJK photostate nota or bendahari yang akan kutip duit class setiap minggu. The best way is korang bayar terus sampai habis duit class and duit photostate nota tu. So akan datang nanti takde la istilah ceti haram muka tebal asyik nak mintak duit dekat korang je. Korang pun rimas kan? Hahaahaha. Tapi tu la kenyataannya. Hutang tetap hutang. Lagipun investment untuk kita belajar kan. Takkan tak nak bayar kot. Bila dah bayar mesti rasa lega sebab dah tak dikelilingi hutang dan ceti lagi.hee

Nak beli shawl and baju online boleh tak ?

Siapa cakap tak boleh? Boleh tapi berpada-pada laa. Dah kalau kau asyik beli je setiap bulan mana tak kopak. And yang kau beli tu dress yang harga dia cecah nak dekat RM100 memang kering kontang kau nanti hujung semester. Tak pun baru separuh semester duit pinjaman dah habis. Time tu laa baru nak cakap dekat semua orang yang kau tengah on diet and makan nasi bujang je. Come on bebb time tu kawan semua dah tahu kenapa kau jadi macam tu. Jangan ikut pepatah ni “Biar papa asal bergaya”. Kelak kau bergaya tapi your health worsen because of your greedy and boros. Tak nak laa jadi macam tu kan. Shopping boleh tapi berpada-pada okay.

Eh bil broadband laa pulak .

Jeng jeng jeng aku lupa pulak nak mention pasal ni. Yes aku admit aku adalah broadband user sebab dekat hostel ni manaaaa la ada wifi. Hok aloohh sedih je. For your information untuk korang yang tak guna broadband, broadband ni dia tak boleh bayar dulu baru guna. Dia kene guna dulu baru bayar. So bila dah cukup sebulan baru kita pergi Celcom Centre pergi bayar bil. Sebabnya system tak boleh detect kita guna berapa banyak kalau kita nak bayar before due date dia sampai. Aku ambil yang student package memandangkan aku ni adalah student. So tetiap bulan kene bayar RM60. Sekali tengok macam sikit, tapi bila sampai masa nak bayar tu rasa banyak je. Hahhahaha. Kene laa bayar kan.. dah celcom beri perkhidmatan, kita kena la bayar.

Alhamdulillah semester ni aku dapat bayar sendiri tetiap bulan, ayah takde bayarkan sebab aku still bleh bayar lagi. Semester lepas ayah banyak kali jugak bayarkan sebab semester lepas aku still belum dapat duit pinjaman. huuu. mana ada duit nak bayar sendiri. So langkah yang terbaik untuk elakkan kita daripada kene potong line sebab tak bayar ialah asingkan dulu duit untuk bayar bil broadband ni dekat 1 tempat. Tak kisah la dekat mana-mana bawah katil ke dalam baldi ke (melampau) masukkan dalam akaun bank lain ke. So bila tiba masa nak bayar tu kita dah ada duit tersedia. Teori ni applicable also untuk bayar duit sewa rumah. So far aku stay dalam hostel so tak payah bayar duit sewa rumah sebab yuran hostel dah included dalam yuran. Untuk kawan-kawan yang duduk rumah sewa, boleh apply juga cara ni okay.

Menabung menjamin masa depan.

Masa kecik-kecik mesti setiap orang ada tabung kan. Tapi bila umur makin bertambah rasa nak menabung tu makin hilang. Aku pun dah lupa aku jumpa tagline “Menabung menjamin masa depan” ni dekat mana. Tapi bila fikir-fikir balik ada betulnya jugak. *lambatnya aku fikir. So sekarang ni kita boleh start menabung. For those yang dah lama start tu thumbs up saya bagi. Dulu aku pernah try menabung macam ni masa tahun 1 degree tapi sekarang dah tak dah sebab apa entah lupa dah. Yang lawak kitorang namakan tabung tu “Tabung I phone”.hahhahaa. sebab nak beli I phone laa kot masa tu. Tak matang je rasa. Tapi kalau ada impian nak sesuatu mesti lagi boost up semangat kita untuk kumpul duit. Menabung tu boleh je kalau seminggu RM5 ke. Kalau rasa macam banyak boleh je seminggu RM1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.

cara-cara jimat duit-Iftar Jama'ie dgn kwn 1 course. dpt pahala pulak tu in sya Allah


Rasanya macam dah banyak je aku mengomel. so hope dapat apply idea ni. Just sharing. and you all mesti ada idea yg lebih awesome daripada ni. Enjoy yaa.



2 comments:

  1. sis, jpa memang akan bayarkan terus ke yuran universiti? ke bole apply untuk bayar yuran sendiri. sbb sy baca sis ada cakap kwn sis tu ayah dia bayarkan yuran

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt, bila student dpt duit pinjaman or biasiswa. Perkara pertama perlu buat adalah byr yuran semester. Lepas tu br blh guna untuk tujuan lain..

    ReplyDelete