Lama aku tidak menulis. Menulis? Maksud aku menaip. Menaip sesuatu
untuk aku curahkan di sini.
Walaupun hanya contengan asing yang aku kira hanya layak
jadi pembalut nasi lemak dekat Warung Kak Bedah.
Aku tetap mahu menaip.
Keinginan mahu menaip itu terlalu tinggi sebenarnya. Sebenarnya
laa.
Namun aku tidak punya waktu untuk menaip. Ahhh waktu itu
ada, namun kesempatan itu tidak sempat untuk singgah.
Membiarkan idea berterbangan, bertebaran. Sehinggakan aku
lupa apa yang aku mahu coretkan.
Dan saat in juga, aku masih berfikir apa yang aku mahu taip
tadi.
Kini aku berdiri. Berdiri di satu lorong yang terang.
Aku tidak tahu siapa yang memasang lampu. Aku syak ia juga
bukan cahaya lilin.
Mungkin cahaya dari langit. Cahaya yang menyuluh aku di
jalan ini.
Yang pastinya aku tidak kesepian di jalan ini.
Masih ada pepohon dan dedaunan hijau di kiri kanan lorong.
Tidak ketinggalan juga dedaunan kering berwarna coklat yang
hanya menanti masa untuk gugur.
Aku melontarkan pandanganku ke hadapan.
Terlalu silau cahaya itu.
Aku tidak mampu melihat apa yang ada dihadapanku. Namun cahaya
itu tidak menyakitkan, sebaliknya memberi ketenangan.
Semoga aku gagah berdiri, menelusuri dan meniti jalan ini.
Andai aku jatuh, pegang erat tanganku dan bawa aku ke sana.
Ke sana? Ke mana?
Bawa aku ke penghujung jalan. Aku ingin tiba di situ.
No comments:
Post a Comment