Tuesday, February 04, 2014

tiupan bayu yang tidak bermusim

Apabila perasaan marah membelenggu diri, aku rasa diam itu lebih baik.

Disaat aku ingin bercerita sesuatu, aku rasa diam itu lebih baik.

Pada ketikanya air mata ini mahu menitis, aku rasa diam itu lebih baik.

Wahai angin, kenapa terlalu kuat tamparan mu itu ? sehinggakan begitu pedih kelopak mata ini.

Sehingga aku rasakan pohon-pohon disekeliling aku ingin menimpa aku, biarkan aku tersepit di sini.

Wahai bibir, kenapa kau suka mengatupkan diri? Membiar semua rasa bergelojak dalam diri, tanpa kau mahu terbuka meluahkannya.

Apakah kau kira tiada siapa yang mahu mendengari?

‘’Kerana hati ini selalu mengingatkan aku bahawa berdiam diri itu lebih baik’’ kata bibir.

Namun adakah diam itu satu penyelesaian?

''Walaupun ia bukan satu penyelesaian yang mungkin, namun ia mampu mengelak dari berlakunya kemudaratan yang akan datang''...

Berdiamlah andai kau rasa kau tidak mampu melempiaskan semuanya.

Andai angin itu mengerti, katakan padanya ‘’jangan bertiup terlalu laju’’

Waktu musim angin tiba, pakaian di ampaian pun disepit dengan penyepit baju. Inikan pula hati manusia, tidakkah kau kuat untuk melawan tiupan bayu itu?




No comments:

Post a Comment