Wednesday, January 29, 2014

kenangan secalit daki

Kenangan.

Bisa buat manusia sakit.

Bisa buat manusia gila.

Bisa buat manusia ketawa.

Bisa buat manusia menangis.

Kenangan bisa membuahkan senyuman.

Kenangan juga bisa menitiskan rintik-rintik air mata.

Persoalannya, sampai bila mahu hidup dalam kenangan? Andai aku bisa lempar jauh-jauh kenangan itu, telah lama aku lontarkan. Telah lama aku campak ia ke laut. Biar ia karam di lautan biru, lautan yang tidak bertepi, biar berjuta badai menghempas pantai, aku harap ia tidak singgah lagi ke pantai. Supaya aku tidak dapat lihat. Aku ingin buang segala-galanya.

Andai kenangan itu bisa dibuang dari fikiran dan hati dengan mudahnya, telah aku lempar ia jauh-jauh. Sejauh cakerawala ini, sehinggakan aku tidak mampu menggapainya lagi, meskipun hanya dalam mimpi. Otak ini masih ada ruang untuk kenangan itu. Masih bersisa. Walaupun hanya sebutir dan segores daki, namun ia masih ada. Sampai bila mahu hidup dalam kenangan?

Adakah ia akan terhapus apabila kenangan baru tercipta? Itu aku tidak pasti. Separuh hati dan fikiran ini masih terbenam dalam kenangan. Kenangan lalu yang aku kira aku tidak tahu sebenarnya untuk melupakan atau tidak. Separuh hatiku mengiyakan, namun separuh lagi menidakkan. Apa sebenarnya yang kau mahukan wahai hati? Andai aku boleh hidup dengan separuh hati, pasti kenangan itu telah lama pergi. Namun aku tidak mampu. Aku perlukan separuh lagi hatiku itu. Wahai hati, tolong jangan pergi. Aku mohon, kembalikan hati itu. Sungguh lelah rasanya merasakan dua rasa yang berbeza.


 Kenangan, kenapa kau masih berbekas di sini?




No comments:

Post a Comment