Sunday, August 25, 2013

random #3

Liya berjalan pantas menuju ke ruang solat wanita Masjid Baitur Rahman. Takut terlambat kerana azan yang dilaungkan oleh Bilal Majid hampir tiba ke kalimah-kalimah terakhir. Setibanya di situ, pandangannya tertancap pada seorang perempuan bertelekung serba ungu. Dia melangkah ke situ dan mengambil tepat di sebelah perempuan itu. Tatkala  dia duduk di sebelah perempuan itu, azan yang dilaungkan belum sampai ke penghujungnya lagi. Dikerling perempuan itu dengan ekor matanya, kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam hati, mahu mengetahui siapakah gerangannya perempuan bertelekung ungu itu. Jelas kelihatan perempuan itu dalam lingkungan 40an dan mungkin sudah mahu mencecah 50an. Tapi hatinya sempat berkata-kata dalam tempoh waktu beberapa saat dia mengerling perempuan itu. Hatinya mengenali perempuan itu. Tapi siapakah dia. Dia menoleh ke sebelah kanan, di mana bahu perempuan itu betul-betul bersentuh dengan bahunya kerana mereka sama-sama sedang duduk bersila, menunggu azan selesai.

Usai solat qabliah Isya’ …

‘’Aku pasti ini Cik Nor” desis hatinya.

Sedaya upaya Liya mengumpul kekuatan dan keberanian untuk menyapa perempuan itu. Berulang-kali dia bertanya pada hatinya. Bertalu-talu soalan itu bermain. Mahu tegur atau tidak. Mahu atau tidak. Tegur atau berpindah ke tempat lain. Akhirnya..

Liya mencuit peha perempuan itu. Lantas perempuan itu menoleh dan tersenyum tapi dalam nada terkejut kerana barangkali terperanjat melihat gadis itu disitu.

‘’makcik’’ Liya menghulur tangan. Salamnya bersambut dengan diiringi senyuman dibibir wanita hampir separuh abad itu.

‘’eh Liya cuti eh? Lama tak nampak” makcik itu menyapa. Senyumannya menyerlahkan garisan-garisan kedut diwajahnya. Sudah lama Liya tidak menatap wajah itu. Wajah yang dirinduinya dan amat disayangi suatu masa dahulu.

‘’haah makcik. Cuti. Dapat la tarawih dekat sini. Dapat jumpa makcik. Lama tak jumpa makcik” Liya merenung mata wanita itu. Ada sinar gembira diwajahnya. Namun terselit jua wajah sayu. Liya tidak dapat mentafsir rasa itu.

Tiba-tiba imam mengalunkan sesuatu tanda mahu memulakan solat Isya'. Perbualan mereka terhenti disitu.

Usai solat tarawih...

‘’eh Liya cuti eh. Lama tak jumpa’’ satu suara menyapa Liya dari sebelah. Dan suara itu amat dikenalinya. Liya menoleh dan sedikit terkejut kerana yang menegurnya adalah anak perempuan wanita tadi. Wajah yang sangat dikenali dan dirindui. Sambil tersenyum, Liya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan gadis itu. Gadis itu tua beberapa tahun daripada Liya dan dia memanggil perempuan itu dengan panggilan akak.

‘’haah kak. Cuti semester. Akak sekarang kerja dekat mana? Jadi cikgu kan?’’

‘’eh takdelah. Jadi cikgu tu time practical hari tu. Sekarang buka kedai printing dekat pekan.’’

‘’laaa yeke. Liya memang tak tahu pun kak. Ingatkan akak further jadi cikgu.’’

‘’haa tu la dah lama sangat tak balik. Sebab tu la tak tahu. Datang laa kedai’’

Perbualan itu mesra. Seperti mesranya perbualan mereka suatu masa dahulu. Tidak kekok dan seperti tidak berlaku apa-apa. Mereka bertiga berjalan keluar menghala pintu masjid. Setelah trun dari tangga dan menyarung selipar, Liya menghulur tangan sekali lagi dengan dua perempuan itu.

‘’balik dulu ye makcik, kak ‘’ Liya mengukir senyuman. Dua perempuan itu turut tersenyum.

‘’datang dengan adik ke?’’ wanita itu bertanya.

‘’haah makcik. Balik dulu ye. Assalamualaikum’’ Liya melontarkan senyuman sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Saat liya mengangkat kepala dan ingin pamer dari situ, terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Seorang pemuda yang sedang berada di dalam kereta. Di bahagian seat pemandu. Dan orang itu memandang tepat ke dalam matanya. Pandangan mereka bertaut lalu terhenti disitu. Liya dapat rasakan, ada satu perasaan menyelubungi hatinya. Rasa itu masih ada,walaupun sudah tidak seperti dulu. Walaupun hanya beberapa saat matanya tertancap pada mata pemuda itu, terasa bagai dunia berhenti beredar mengelilingi matahari. Terasa bagai bulan berhenti berputar mengelilingi Bumi. Terasa bagai angin yang menghembus lembut pada malam itu sungguh kuat menampar pipi. Terdiam dan terkaku. Pandangan mereka mati disitu. Liya melangkah pantas ke sudut lain,mencari adiknya supaya dapat pulang ke rumah.

Rasa itu masih ada, walaupun sudah tidak seperti dulu

Walaupun rasa itu masih ada, namun ia sudah tidak seperti dulu

Dua perkataan yang hampir sama, tetapi berbeza pada maksudnya.




No comments:

Post a Comment