Friday, July 19, 2013

random #2

“Tahun depan dah boleh start cari dah. Nanti dah kerja susah nak cari. Sebab dah sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak fikir bab-bab ni”

‘’Ibu … *sigh’’

Butir-butir perkataan yang keluar dari mulut ibu bermain-main di kepala. Menerawang ke setiap sudut dalam otak. Andai otaknya ada empat bucu yang berbeza, huruf demi huruf yang keluar dari mulut ibunya terasa menghentak-hentak setiap sisi dan bucu dalam kepala. Kepala terasa berat dek kerana butir bicara yang berbaur arahan itu dilontarkan secara tiba-tiba. Liya belum ready ibu ! Namun jeritan itu hanya terjerit di hati. Tak mampu dilontar keluar dari tekak. Corong tekak terasa tersumbat, bagai sinki yang tersumbat dengan segala macam sisa yang dihamburkan ke situ. Hanya menunggu masa untuk disedut keluar.

Liya bukan tak nak. Tapi dia terjerat dalam dimensi yang dia sendiri tak tahu di mana. Dia bukan tak nak menyahut cabaran ibu tapi hati yang masih merah bernanah menidakkan untuk menerima sesiapa. Bukan kehendak dia untuk menolak perasaan yang datang menjengah, mengetuk-ngetuk dinding hatinya. Namun keperitan dan kepedihan lama masih berbekas. Masih terasa sengal dan ngilu tatkala angin menampar-nampar hati. Itu menandakan hati itu masih ada sisa luka. Dan luka itu memberi kesan. Ibarat mengetuk paku ke dinding rumah. Walau setelah dicabut,kesannya masih ada. Masih sama kedalamannya dan masih seperti ia dicabut buat pertama kali setelah dipaku. Walaupun diselindungkan oleh cat mahupun simen, kesannya masih ada. Berlubang. Dah tak cantik dan rata seperti awal-awal ia belum dipaku oleh mana-mana paku. Dan dia tidak mahu hatinya menjadi seperti dinding itu.

“Bila Liya suka orang tu,orang tu tak suka Liya. Tapi bila ada orang nak dekat Liya,Liya pula tak nak dekat orang tu”

“Tu maknanya belum sampai jodoh. Kalau jodoh tu sampai in sya Allah smooth je, dua-dua akan rasa benda yang sama”

Betul cakap ibu. Allah yang pegang hati hamba-hambaNya. Dan Allah juga yang membolak-balikkan hati. Hanya Allah yang berkuasa mengubah hati manusia. Kita sebagai hamba perlulah bersangka baik dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kadang-kadang kerana kekecewaan dan kesilapan, itu membuat kita belajar sesuatu yang susah diungkapkan dengan perkataan. Hikmah tu kadang-kadang kita dapat rasa. Kadang-kadang melalui gerak hati,naluri. Benda yang kita tak nampak tapi kita dapat rasa. Dan akan terfikir “kenapalah aku jadi macam ni dulu”. “kenapa aku boleh terjebak dengan semua ni”. Jangan menyesal dengan apa yang dah jadi. Anggap ia sebagai pengajaran dalam hidup. Manusia sentiasa belajar dan belajar. Kadang-kadang dari pengalaman orang lain,pengalaman sendiri, ataupun sesuatu yang kita perhati atau lihat walaupun dalam tempoh waktu yang sekejap.

Ibu,kalaulah ibu tahu apa kondisi hati Liya sekarang ni. Hati Liya sakit. Hati liya dah terluka,terhiris semualah. Guna bandage pun masih tak dapat sembuhkan sepenuhnya. Doktor cakap luka akan sembuh tapi makan masa. Macam luka dekat lutut masa Liya main kejar-kejar dengan kawan dulu. Luka tu tak sembuh dalam masa seminggu kan ibu kan. Ibu yang tahu macam mana luka tu teruk sampai berlubang kain sekolah Liya bahana terjatuh dekat jalan tar dekat sekolah. Sampai sekarang pun Liya tengok luka tu masih ada bekas. Walaupun ia berbekas dalam saiz yang kecil,tapi parutnya tetap ada. Dan apa yang Liya belajar dari apa yang dah jadi, Liya takut dan serik dah main kejar-kejar dekat kawasan tu sebab ada kenangan pahit dekat situ. Hikmah tu tak nampak tapi Liya dapat rasa. Dan itu mendewasakan Liya sebab benda tu sama je bila apply dekat peristiwa lain yang berlaku. Yang penting hikmah tu mesti ada. Hati Liya masih luka ibu sebab tak dijaga dengan baik. Salah Liya yang tak jaga hati Liya baik-baik. Itu salah Liya. Dan itu menjadi pengajaran pada Liya untuk menjaga hati tu baik-baik lepas ni. Hati sendiri,sendiri la yang jaga. Tiada orang lain yang akan jaga hati kita.

Liya tunggu waktu tu ibu. Liya tunggu saat hati Liya dah pulih walaupun berbekas. Berbekas tak bermaksud belum pulih kan. Cuma nak tunggu pulih tu makan masa sedikit ibu. Ubat-ubat yang Liya sapu dekat lutut dulu pun tak react dengan cepat. Inikan pula hati Liya, entah dah sapu ubat ke belum Liya pun tak pasti. Mungkin dah letak ubat tapi ubat tu lambat bertindak. Mana ada ubat yang bila letak terus baik kan. Mesti makan masa. Liya tahu ubat tu mujarab sebab doa tu senjata orang-orang beriman. Bila kita yakin, Allah akan bantu kita. Tu benda yang Liya pegang sampai bila-bila.

“Kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan orang yang salah. Sebab Allah nak kita hargai sepenuhnya bila kita jumpa orang yang betul selepasnya”

‘’Manusia merancang, Allah jua merancang. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik”

‘’Hidup ini satu perjalanan. Perjalanan yang panjang dan penuh berliku. Tiada manusia yang dalam hidupnya tiada dugaan. Dugaan tu tanda Allah sayang hambaNya ‘’

‘’Ya Allah,aku tahu kau akan beri yang terbaik untukku’’Liya berbicara di dalam hati.
Liya harap Liya tak dikaburi oleh cinta yang lebih membawa Liya jauh dari kebenaran. Yang jauh menyimpang dari petunjuk Allah. Yang lebih membuat Liya orang yang lebih teruk. Satu yang Liya mahu,diberikan kekuatan agar dapat tetap teguh utuh menjaga hati dari dikaburi cinta yang palsu,yang bukan jodoh Liya. Liya belum sedia untuk memberi hati ini kepada sesiapa. Biarlah dia yang betul-betul bertuah dan bersungguh-sungguh akan dapat merebut hati ini ibarat seorang pemain ragbi merangkul dan menjaga bolanya bersungguh dari terlepas ke pihak lawan. Dan ia akan datang pada masa yang tepat. Di saat itulah sesuatu suatu keajaiban yang dinamakan jodoh akan tiba. In sya Allah ibu.



p/s : ini hanya cerita rekaan. ala2 cerpen giteww. hahaha. sila muntah sebab aku dok tulis cerita jiwang kat sini. aku bukan kaki novel jiwang! just isi masa lapang. dulu pernah cita-cita nak jadi penulis katanya. errr tulis cerita pun tunggang langgang lagi. eh biar la ni kan blog aku. haha k chou !




No comments:

Post a Comment