Saturday, July 06, 2013

"Bagaikan Puteri" -review

Assalamualaikum !

Siapa pernah baca buku “Bagaikan Puteri” karya Ramlee Awang Murshid ? Okbai aku memang lambat gilaa baca sebab buku ni diterbitkan pada 2005. Masa aku form1 tapi sekarang ni dah 2013 baru aku baca. Tapi takpe, yang penting faham jalan cerita dia kan ? heee




1. Antara cinta dan pengorbanan.
2. Berjuang melawan iblis laknatullah yang berterusan mahu menyesatkan manusia.
3. Pentingnya kebergantungan dan tawakal pada Allah.

 Cerita ini mengisahkan tentang cinta antara manusia yang berada di dua kurun berbeza. Haryani yang berada di abad 21 dan Saifuddin yang berada di kurun ke 15 iaitu zaman pemerintahan Sultan Melaka. Yeayyy belajar sejarah balik !

Dapatkah mereka bersatu ?

Ok tak nak buat ayat skema sangat. Kita cerita santai je okehh.

Dekat abad 21 ni ada seorang perempuan bernama Haryani. One day dia kena ragut then dia koma. Serius kesian gila sebab dia koma sampai kena guna mesin pernafasan tu. And dalam koma tu rupa-rupanya dia tercampak ke penghujung kurun ke 15. Bila tu ? masa zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka. Haaaa pelik kan kan kan. Tapi itulah yang terjadi. And kat situ dia berjumpa dengan Saifuddin yang digelar Laksamana Sunan. Dia lemas dalam laut and Sunan selamatkan dia. Haryani sendiri tak ingat siapa diri dia and kenapa dia boleh ada dekat situ. Sebab senanye dia tengah koma kan.

And then dia ikut Sunan mengembara naik kapal. Dalam masa yang sama memang banyak iblis-iblis yang nak hapuskan Sunan. Iaitu Nyi Burga Kelara yang memang sangaaat jahat. Tujuan hidup dia memang hapuskan Sunan sebab dia tahu Sunan gagah and tangkas serta able to hapuskan iblis durjana. For your information, Sunan ni senanye berasal dari Kg.Punggor,Tanah Melayu. Tapi masa umur 17 tahun dia membawa diri ke Aceh sebab difitnah oleh penduduk kampung yang mana ayah dia sendiri (Ketua Kampung) terpaksa menghukumnya. Dekat Aceh, Sunan berguru dengan Wali Sufi and mendalami ilmu agama dan persilatan dekat situ. Dia antara murid yang handal and disayangi oleh Wali Sufi.

Dalam pengembaraan Haryani bersama Sunan, diorang saling jatuh cinta tapi memasing senyap je sebab tahu benda tu tak akan menjadi. Diorang berasal dari zaman yang berbeza !
Pada masa yang sama pada abad ke 21, Dani yang tetiba jatuh cinta dekat Haryani setelah terpandang Haryani for the first time masa dia jenguk Haryani koma. Senanye diorang ni tak mengenali pun. Dani datang situ sebab dia nak ambil balik mushaf lama yang ada pada Haryani.

*mushaf tu senanye dihadiahkan oleh kawan ayah Haryani *lupa dia jumpa dari mana. And orang tu beri dekat dia sebab ada tulis nama Haryani dalam tu. Haryani sendiri pun pelik macam mana nama dia boleh ada dalam tu. And dia pun just assume maybe tu Haryani lain. Dani pula nak mushaf tu sebab mushaf tu ditulis oleh Laksamana Sunan. Dani keturunan Laksamana Sunan yang susur galur dari Megat, iaitu abang Sunan. Haaaaaa ~

So sekarang dalam abad ke 21, Dani yang merupakan keturunan Laksamana Sunan cinta dekat Haryani. And di kurun ke 15, Sunan pun cinta dekat Haryani jugak. So siapa yang akan dapat ?
Untuk kembalikan Haryani ke pangkuan family dia, Sunan terpaksa bunuh Haryani di kurun ke 15. Then Sunan terpaksa korbankan cinta dia and bunuh Haryani lepas pertarungan dia dengan Nyi Burga Kelara si iblis. Sebelum tu, Sunan bertempur dengan Hang Tuah atas perintah Sultan Melaka yang kejam. Then, Haryani pun pulang ke abad 21. Tapi sayangnya dia tak boleh terima Dani even Dani tu keturunan Laksamana Sunan. Sebab dia still sayang dekat Sunan.

Nak tahu kisah selanjutnya kena baca buku selepasnya iaitu “Cinta Sang Ratu”

Nak lagi best kena baca sendiri. Baru feel. Hehe. Aku just dapat story rough je di sini. Kalau cerita semua tak tahu bila habis. Hahaha

Kalau tak faham apa yang aku story ni, kena baca sendiri laa buku tu ye. Serius best ! *promote



No comments:

Post a Comment