Pagi itu aku keluar lagi .Jam tangan
digital di tangan kiri tertera ’07:30’ .Memang aku mahu keluar awal .Awal aku
pergi ,awal juga lah aku balik nanti .Tanpa sepatah kata ,aku meninggalkan
rumah ,menuju ke Centro Park untuk berjogging .Keadaan pagi itu amat dingin
,sejuknyaa terasa sampai ke tulang .Semua urat and neuron dalam otak aku
mengecut dek kerana kesejukan di pagi hari yang melampau di negeri tidak bernama
ini .
Sepuluh minit kemudian ,aku tiba di tempat
yang dimaksudkan .Memang hari ni dah janji nak jogging dengan Liya,kawan baikku
.Saat aku sampai di sana ,Liya terlebih dahulu tiba disitu.Aku berlari-lari
anak ke arahnya yang sedang berdiri di sebelah sebuah pohon yang rendang .
Kami pun berjogging mengikut laluan yang tersedia .Hembusan bayu pagi macam ni memang best ,ditambah lagi dapat cuci
mata tengok keindahan alam .Wahhh freshnya .Subhanallah ,dapat lagi merasa
nikmat yang Allah kurniakan.
Lepas jogging ,kami melabuhkan diri di bawah
pokok yang aku tak tahu namanya.Ah duduk je asalkan redup kan .Untuk
rehat-rehat,borak-borak pagi hujung minggu ni.
Liya: Kode,kau nak tahu tak yang aku
sebenarnya belum boleh lupakan Junki .Seriously tak tahulah kenapa .Padahal
dah lama dah dia takde.
Liya tiba-tiba cakap pasal perkara ni dekat
aku .Aku tak terkejut pun sebab aku tahu dia memang still sayangkan
Junki.Sambil bercakap tu,aku pandang Liya .Dia termenung ,sambil tengok depan
je.Tengok pokok-pokok ,orang yang sedang berjogging barangkali .Takpun Liya dah
immersed dengan kenangan dia dulu.
Aku : Hmm aku faham Liya. Kau memang belum
boleh lupakan Junki. Tapi kenapa ek ? Aku teringin sangat nak tahu apa special
nya Junki sampai kau still tak boleh lupakan dia .Padahal ramai guy minat dekat
kau ,nak rapat dengan kau ,tapi kau tolak .
Liya : Serious kau nak tahu ? Alaaa benda
remeh je pun .Bukan semua orang tahu sebab aku yang alami .Mesti orang lain
kata “alahh kau ni move on je la,bukan susah pun nak cari orang baru” .
Aku : Ye laaaa. Aku memang nak tahu .Sebab
aku curious gila .*aku pun ikut termenung .
Liya : Aku tak boleh lupakan dia sebab dia
ada something yang takde dekat orang lain.Hmm
Liya menghela nafas perlahan.Pandang ke
tanah pula.
Aku : Apa dia something tu Liya ? Cuba
bagitahu aku .
Liya : Junki terima aku seadanya .Tak macam
orang lain .Kan orang kata ,kalau cinta orang tu akan terima kita seadanya .
Aku ingat lagi quotes yang kau bagi kat aku tu . “cinta ialah terima dia
seadanya ,dan mengubah orang tu ikut apa yang kita mahukan itu bukan cinta
namanya” .So aku tahu dia ikhlas dengan aku .Even kawan-kawan lelaki yang aku
pernah kawan before ni semuanya tak boleh terima diri aku seadanya .Aku tahu
aku banyak kekurangan ,aku bukan kurus macam model ke,SNSD ke ,Elfira Loi ke
,and aku pun tak putih melepak macam Selena Gomez .Aku ni pun kadang-kadang
macam sengal ,tak matang ,cepat salah anggap .Kawan-kawan yang aku pernah rapat
yang lain pernah suruh aku kurus la,condemn aku la.Tapi Junki tak .Junki tak
pernah pun.Dia cakap “jangan diet sampai makan diri ,jangan sampai awak sakit
,jangan lupa makan nasi even sekali dalam sehari “ .See ? *kesat air mata .
Aku : Liya ,jangan sedih .Memang aku faham
dia penting dalam hidup kau .Tapi kau kena ingat yang dia just kenangan masa
lalu kau je. Dia dah takde Liya .Kau kena kuat .Kalau dekat sana dia tahu kau
macam ni nangis ,sedih ,mesti dia tak suka .Think positive okay .Aku faham ,kau
kena take time untuk cure kan hati kau .Slow-slow eh .Kami sentiasa support kau
.Yang penting kau jangan patah semangat .Selalu doakan dia dekat sana .
Aku memeluk bahu Liya daripada sisi .Kesian
aku tengok dia menangis .Pipinya yang basah dengan air mata sudah daripada tadi
diseka menggunakan jari .Beratnya apa yang Liya rasa .Kalau aku di tempat dia
,tidak tahu la bagaimana jadinya .
centro park |
Perbualan kami terhenti disitu kerana perut
aku sudah berkeroncong minta diisi .Aku mengajak Liya pergi meninggalkan taman
itu .
liya ue kwn skola rendah ko ke?
ReplyDeletetak laa .ni watak rekaan je .haha :)
Delete