Thursday, January 19, 2012

hantaran 10,000 ?

Assalamualaikum .. agak lama jugak aku tak bukak blog nih .nak singgah ke blog orang lain apatah lagi . actually,i'm home ..and mula - mula sebelum habis exam ,semangat gila nak balik .tapi ,bila dah stay kat rumah ,perasaan boring muncul perlahan - perlahan .hahaha . such a bored holiday .tapi takpe ,saya akan cuba addept jugak ..

semalam masa online facebook , saya terbaca something . and benda nih sangat buat saya terkejut. #cehh bajet macam pelik sangat je kan ?haha . actually hurmmmm memang terkejut laa .nak tahu apa saya jumpa ? tarappapapaaaa ....

Ustaz Azhar IDRUS : CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit

Fakta : majoriti/segelintir muslimah pernah couple. so pandai-pandailah kurangkan wang hantaran tu ye. hehehe.


whooaaaaaaa ! ciri - ciri perempuan yang hantaran 10,000 ...
semua ciri tuh biasa saya tengok . tapi bab couple tuh memang susah siket laa kann ..ye laaa ,zaman sekarang nih pun sangat susah nak jumpa perempuan yang tak pernah couple . so,bagi sesiapa yang belum pernah couple tuh ,sedaya upaya tahan diri anda daripada godaan syaitan yang durjana , yang sentiasa mencucuk - cucuk hati kita supaya buat benda tuh ..

seriously , memang susah nak cari perempuan yang belum pernah couple .kalau ada yang pernah couple pun ,ada banyak condition diorang yang membuatkan status diorang tuh "pernah couple"...

ada yang pernah couple tapi at that time ,they were so young and don't know what is couple .
only know that
"saya suka awak "
"awak suka saya "
that's it ...

and ada jugak yang couple tapi diorang tak pegang - pegang tangan semua tuh . tapi ,nama nya still couple okeyhh .mungkin at that time diorang tak tahu yang couple tuh haram ..mungkin ..

and ada jugak yang tahu tapi tercouple jugak . manusia tak pernah terlepas daripada hasutan syaitan . tersangatlah susah untuk membina benteng iman dalam diri ,untuk menang dengan dugaan syaitan ..hanya iman yang kuat dapat menembusi dugaan  - dugaan tersebut ..

sebagai manusia yang imannya hanyalah senipis kulit bawang ,sering kali tersasar dari jalanNya ..sama ada dalam kita sedar atau tidak ..

saya terbaca something kat blog ..

"perkara keburukan yang kita pernah lakukan, tinggal-tinggalkan..
perkara kebaikan yang kita pernah lakukan istiqamahkan..
dan carilah 1001 Hikmah di setiap peristiwa di dalam perjalanan Hidup kita menuju Ilahi. "



syahdu saya baca .. seriously ..
kalau yang pernah tercouple tuh ,masih ada kesempatan untuk bertaubat dan berubah ke arah kebaikan ..
Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya .. and Allah itu maha pengampun .

sungguh - sungguh saya insaf bila baca semua tuh .. masa lalu ,biarlah menjadi kenangan yang memberi pengajaran buat saya dan orang lain . setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza . saya bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk menyedari semua ini .even slow - slow .tapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya and Hidayah Allah sentiasa ada untuk saya ..

mohon diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini . walaupun saya bukanlah dalam golongan ciri - ciri yang disebutkan ,tapi saya bersyukur kerana masih diberi peluang and kesempatan untuk menyedari kesilapan lalu ..
terima kasih Allah :D

No comments:

Post a Comment