Monday, December 30, 2013

Aku dan kecuranganku

Aku membuka buku Investment. Penuh dengan batu bersurat. Perkataan demi perkataan menujah-nujah benakku. Minta dibaca, difahami, diteliti, digaris. Namun aku hanya mampu memandang tanpa perasaan. Kantukku datang. Aku menguap beberapa kali. Aku buka kedua-dua kelopak mata ini, berharap  aku dapat men digest butir-butir bicara yang terpampang pada muka surat itu. Namun aku tewas. Perkataan-perkataan tersebut berubah menjadi dua. Tiga. Empat. Bertindih-tindih. Membuatkan aku lebih pening. Di manakah aku sekarang ini? Adakah sedang bermimpi? Tapi mengapa buku ini harus ada di dalam pelayaran tidurku. 

Aku mengeluh. Aku ambil sebatang pen berdakwat biru, menulis sesuatu pada buku itu. Aku hanya dapat fokus sekejap. Tidak lama kemudian, aku bersandar semula. Merenung ayat demi ayat yang tersusun.

Aku ketiduran. Sedar-sedar, dakwat tadi telah makan tanganku. Oh tidakkk!

Bukan. Pen itu telah melepaskan geram terhadapku. Beberapa calitan dakwat biru terlihat di tangan kanan ku. Sejak bila aku menulis nota di sini? Bukankah kertas yang aku beli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia itu masih ada? Ku biarkan sahaja dakwat itu. Mungkin ia juga mahu belajar. Sebab itu ia singgah ke tangan aku.

Aku buka buku Math Stats. Berbintang- bintang mata ini melihat nombor. Segala macam bentuk formula terhampar disitu. Sangat banyak dan memenuhi ruang kertas. Umpama terhamparnya permaidani besar, untuk aku terbang ke negeri Pasir Berdengung. Iaitu jiran kepada negeri Pasir Dua Butir. Aku capai kalkulator, sambil merenung formula itu. Terlintas di fikiran ini, dengan formula ini, adakah ia dapat membawa aku terbang ke sana? Tempat yang ingin ku tuju sekian lama. Kalkulator itu tidak menjawab pertanyaanku. Namun terus mempamerkan butir-butir nombor pada skrin kelabu tersebut.

Jari-jemari menekan kalkulator dengan lajunya. Tapi tak selaju Ferrari dan Lamborghini sebab takut salah masuk data, semua nya hanya sia-sia.

Kantukku hilang. Bertebaran di angkasa raya. Mungkin telah terbang ke Bandung barangkali. Itu aku tidak pasti. Tapi kenapa dekat sangat terbangnya. Pergi la terbang ke kutub utara ke. Jauh sikit dan lama lagi nak patah balik. Makan masa lebih.



Itulah beza bila aku lihat buku Investment dan Math Stats. Hati aku telah berubah. 



No comments:

Post a Comment