Friday, October 04, 2013

Lorong Gelap

Malam itu sungguh gelap.
Gelap tetapi tidak menakutkan. Gelap namun tidak menyeramkan.
Kelam gelap membisu, tiada suara merdu.
Tiada suara bisikan menyapa.
Gelapnya malam itu, seakan mengerti akan ketidakterangnya lorong yang ada dihadapanku.
Lorong gelap yang aku khuatir ia akan menjerat aku dek kerana kegelapannya.
Lorong yang aku sendiri tidak pasti untuk menempuhinya atau tidak.
Lorong yang aku tidak tahu sama ada dapat membawaku sampai ke hujung sana ataupun meninggalkan aku kesesatan keseorangan di pertengahan jalan.
Mahu sahaja aku terbang ke sana tetapi sayapku patah.
Entah bila aku dapat terbang lagi.
Aku tak mampu berbuat apa-apa, terbang apatah lagi.
Tapi aku juga tidak mahu berdiri di sini sendiri.
Aku tidak mahu sendiri di sini.
Meskipun lorong di hadapan ini gelap, tapi aku tidak tahu adakah aku mampu untuk melaluinya,menelusurinya.
Andai aku tersadung dan terjatuh, masih adakah seseorang di situ yang akan membantu.
Ataupun tiada sesiapa pun di situ, lantas aku terdampar di situ seorang diri.
Menanti sesiapa datang membantu, sangat mustahil bagiku.
Kerana lorong itu gelap.
Tiada sesiapa pun yang mahu ke situ.
Tetapi kenapa aku tercegat di sini.
Kenapa aku masih di sini.
Masih ada masa untuk aku berpatah balik dan berpaling.
Tidak semua yang di depan itu indah.
Dan tidak semua yang telah kita lalui itu buruk.
Mungkin ada lorong yang terang akan ku temui setelah aku berpaling dan memulakan langkah ke belakang.
Hati yang berdusta selalu menipu pandangan mata.
Mengiyakan yang gelap dan menidakkan yang terang.
Sehinggakan aku tercegat disini, tiada siapa peduli.






No comments:

Post a Comment