Saturday, January 07, 2012

beri aku hidayah-Mu

Assalamualaikum ...
hari nih aku masih nk mencoret lagi .sesuatu yang bermain di minda .aku rindu sekolah ! aku rindu Bumi Waqafan .( nick name sekolah aku ) .di saat aku bertapak di bumi tuh ,banyak benda aku belajar .ilmu agama dan ilmu duniawi .alhamdulillah ya Allah .betapa besar nikmat yang kau beri padaku .

namun ,selepas keluar daripada sekolah ,aku susah untuk istiqamah atas apa yang aku dah buat masa dekat sekolah dulu . iman manusia hanya senipis kulit bawang . tersangatlah nipis .bila - bila masa saja boleh meningkat .bila - bila masa saja boleh menurun .kalau ada graf iman ,aku tak tahu laa dah dekat tahap mana dah iman aku .huhu

sebagai seorang hamba Allah ,kita tak pernah terlepas daripada membuat kesilapan .lagi - lagi aku yang lemah nih . kadang - kadang ,aku terleka dengan nikmat dunia .yang banyak menyesatkan aku .
banyak melalaikan aku daripada tujuan hidup aku yg sebenar .



aku teringat semasa terbaca satu entry kat 1 blog ..
" budak - budak zaman sekarang tak habis - habis cerita pasal cinta .macam dah takde benda lain dah nak difikirkan .macam tujuan hidup kita kat dunia nih hanya untuk cinta .sedangkan ia cuma sebahagian daripada hidup kita .fitrah ,yang perlu digunakan dengan cara yang betul . sepatutnya ,remaja fikir macamana nak bangunkan umat islam ,masyarakat islam dan setempat .bukan dok fikir pasal cinta yang tak pasti tuh "

tersentuh hati aku masa terbaca entry tuh .org kata apa ..rasa zukkk dalam hati .memang tak dapat dinafikan ,aku pun manusia biasa .tak pernah terlepas daripada semua tuh .bila aku fikir - fikir balik ,memang betul apa yang ditulis dalam entry tuh .. sedihhh ! aku dah banyak sangat silap .masih ada ke pintu taubat untuk aku ?


"ان البغاث بأرضنا يستنسر"

boleh ke aku jd seperti pipit yang menjadi enggang bila aku besar nanti ?
terbayang - bayang perkataan nih kat dalam fikiran aku ..
ingat lagi ,memang tergantung dekat dewan terbuka ..hari - hari masa assembly mesti tengok perkataan nih 

masya Allah .besar nya tanggungjawab yang aku galas di bahu . aku harus berbakti pada Islam semestinya .berbakti pada ibu - bapa dan masyarakat .membangunkan masyarakat dan Islam itu sendiri .kalau aku sendiri lalai dan leka dengan cinta dunia yang melekakan ,macam mana aku nak jawab dekat akhirat nanti ? huhu..

ya Allah ,aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan pada aku .. banyak benda yang aku tak suka ,tapi sebenarnya yang terbaik untuk aku .. and banyak benda yang aku dok suka tapi pada hakikatnya tuh semua melekakan aku .melalaikan aku daripada menyedari tujuan sebenar aku bernafas di bumi Allah yang maha luas ni ..



pejam celik ..pejam celik...
banyak sangat benda yang berlaku .aku yakin semua tu ada hikmahnya .mungkin dulu aku tak nampak apa - apa hikmah untuk aku .mungkin masa tu semuanya tak ditunjukkan pada aku lagi .tapi sekarang alhamdulilah .aku mula sedar and rasa hikmah yang ditakdirkan untuk aku ..ya Allah ,beri aku peluang untuk bertaubat dan jangan kau tutup pintu taubat untukku.. berikan lah kesempatan untuk aku ..

aku cuma manusia biasa .sering alpa dengan nikmat dunia ..aku mohon keredhaan Mu ya Allah ..jangan sampai hidupku ini hanya sesuatu yang sia - sia ..

dunia ini hanyalah senda gurau ...namun perlu bijak untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk .

Al-Ankabut [64] 
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui"


copy daripada seorang kawan ..
semakin engkau menyelam, semakin yakinlah engkau bahawa lautan Allah swt itu sangat dalam.

semakin engkau mendalami sesuatu ilmu itu,semakin yakinlah engkau bahawa ilmu Allah swt itu sangatlah luas.

semakin bertambah ilmu, semakin yakinlah bahawa engkau tu masih (stupid).

jadi, usah berbangga dgn ilmu mu yg segenggam itu, kerana masih berjuta2 ilmu yg masih belum engkau ketahui.
 ya Allah ,aku mohon petunjuk dan hidayah-Mu ...
kalau nak berubah ,kene slow - slow kan.. beri aku kekuatan ya Allah .
aku rindukan aku yang dulu ...

No comments:

Post a Comment