Assalamualaikum ! haiiiiii semorang !
Hari ni nak story sikit pasal macam mana nak manage duit
especially student. Mostly student dapat tajaan or pinjaman contohnya PTPTN,
yayasan negeri, JPA, MARA or PAMA (papa and mama). So for those yang
dapat JPA tu memang heaven laa kan sebab duit JPA bagi memang banyak. Mostly
diorang yang dapat JPA ni mesti beli something yang mahal yang student biasa
tak mampu nak beli especially gadget. Trend these days masing-masing berebut
nak beli I phone, I pad, Samsung Glaxy Note. Sekarang dah makin banyak gadget
latest keluar so student pun tak nak kalah. Nak beli jugakk kan. That’s normal.
Tapi macam mana untuk student yang just ambil PTPTN and
yayasan negeri ni?
For those yang dalam golongan ni memang sangat susah laa kan
nak beli sebab duit yang korang dapat tu bukan banyak mana pun. Lepas bayar
yuran habis terus kering kontang. Eh takde laa sampai kering kontang. I mean
duit tu ada tapi bukan untuk beli kehendak yang macam budak JPA dapat. So memang
simpan untuk tahan sampai hujung semester.
So macam mana nak
manage duit tu supaya tak tersasar dari landasan ?
First thing bila dapat duit tu, benda pertama yang ada dalam
stage priority adalah YURAN. Yes yuran paling penting sebab kalau tak bayar
yuran nanti slip exam kene gantung kan? Haha. Dan dan je dah 1 semester belajar
tapi bila sampai masa nak print slip exam tak boleh sebab ada hutang dengan
Uni. Tapi ini information tentang Uni kitorang laa. Untuk Uni lain aku tak
pasti. Yuran pulak depends pada Uni tersebut. Ada yang mahal and ada yang murah
best gileww. Yang aku tahu UiTM serius murah sebab yuran diorang tak sampai
RM1000. Kami di USIM ni yuran sumpah mahal gilaaa *pengsan. Almost RM2k
okayyyy. Tak tipu. Takpe laa redha je kan. So duit baki pinjaman tinggal
seciput je. For those yang duit dia tak guna buat bayar yuran sebab parents
yang bayarkan, memang best. Contoh kawan aku, tapi sebab selalunya duit tu akan
digunakan untuk benda lain contoh minyak kereta, duit bayar saman(kalau ada),
duit servis kereta, duit basuh kereta. Sebab bila dah own kereta so banyak la
duit sampingan yang perlu dibayar. Sebab tu ayah dia bayarkan yuran.
Lepas bayar yuran?
Okay lepas tu kita asingkan duit untuk kita guna untuk beli
keperluan seharian yang kita jarang pergi beli tapi sangaaat penting. Contohnya
sabun basuh baju,ubat gigi, berus gigi,pencuci muka,alat bedak,kecantikan and
mekap(untuk gurlss),sabun mandi, benda ehem2 perempuan and etc. haaa benda ni
semua penting sebab kadang-kadang bila dah habis baru kita g kedai beli.
Ataupun time dah nak habis baru kita pergi kedai beli.
So dalam tanpa kita
sedar banyak duit kita keluarkan yang kita tak sedar dah berapa kita belanja
untuk benda ni. Worse bila barang-barang ni habis time kita tengah kering duit
tak banyak dah. So bad. So aku cadangkan korang beli dulu benda-benda ni masa
awal semester banyak-banyak. Tapi jangan laa over. Bajet-bajet ikut keperluan
dalam 1 semester estimate kita guna banyak mana. Jangan sampai terkurang and
jangan sampai terlebih sangat. Tapi kalau terlebih pun takpe,boleh guna untuk
semester depan nya. Memang banyak keluar duit time ni tapi ni 1 investment
(buku finance cakap). Untuk simpanan masa akan datang kan. So bila dah beli
rasa lega dah, akan datang takde laa kita guna duit kita untuk beli benda-benda
ni. So boleh digunakan untuk benda lain.hee
Dah kira belum duit tinggal berapa?
Duit yang tinggal tu akan kita gunakan untuk perbelanjaan
seharian. So use it wisely. Biasanya dalam class mesti ada AJK photostate nota
or bendahari yang akan kutip duit class setiap minggu. The best way is korang
bayar terus sampai habis duit class and duit photostate nota tu. So akan datang
nanti takde la istilah ceti haram muka tebal asyik nak mintak duit dekat korang
je. Korang pun rimas kan? Hahaahaha. Tapi tu la kenyataannya. Hutang tetap
hutang. Lagipun investment untuk kita belajar kan. Takkan tak nak bayar kot. Bila
dah bayar mesti rasa lega sebab dah tak dikelilingi hutang dan ceti lagi.hee
Nak beli shawl and baju online boleh tak ?
Siapa cakap tak boleh? Boleh tapi berpada-pada laa. Dah
kalau kau asyik beli je setiap bulan mana tak kopak. And yang kau beli tu dress
yang harga dia cecah nak dekat RM100 memang kering kontang kau nanti hujung
semester. Tak pun baru separuh semester duit pinjaman dah habis. Time tu laa
baru nak cakap dekat semua orang yang kau tengah on diet and makan nasi bujang
je. Come on bebb time tu kawan semua dah tahu kenapa kau jadi macam tu. Jangan
ikut pepatah ni “Biar papa asal bergaya”. Kelak kau bergaya tapi your health
worsen because of your greedy and boros. Tak nak laa jadi macam tu kan.
Shopping boleh tapi berpada-pada okay.
Eh bil broadband laa pulak .
Jeng jeng jeng aku lupa pulak nak mention pasal ni. Yes aku
admit aku adalah broadband user sebab dekat hostel ni manaaaa la ada wifi. Hok
aloohh sedih je. For your information untuk korang yang tak guna broadband,
broadband ni dia tak boleh bayar dulu baru guna. Dia kene guna dulu baru bayar.
So bila dah cukup sebulan baru kita pergi Celcom Centre pergi bayar bil.
Sebabnya system tak boleh detect kita guna berapa banyak kalau kita nak bayar
before due date dia sampai. Aku ambil yang student package memandangkan aku ni
adalah student. So tetiap bulan kene bayar RM60. Sekali tengok macam sikit,
tapi bila sampai masa nak bayar tu rasa banyak je. Hahhahaha. Kene laa bayar
kan.. dah celcom beri perkhidmatan, kita kena la bayar.
Alhamdulillah semester ni aku dapat bayar sendiri tetiap
bulan, ayah takde bayarkan sebab aku still bleh bayar lagi. Semester lepas ayah
banyak kali jugak bayarkan sebab semester lepas aku still belum dapat duit
pinjaman. huuu. mana ada duit nak bayar sendiri. So langkah yang terbaik untuk
elakkan kita daripada kene potong line sebab tak bayar ialah asingkan dulu duit
untuk bayar bil broadband ni dekat 1 tempat. Tak kisah la dekat mana-mana bawah
katil ke dalam baldi ke (melampau) masukkan dalam akaun bank lain ke. So bila
tiba masa nak bayar tu kita dah ada duit tersedia. Teori ni applicable also
untuk bayar duit sewa rumah. So far aku stay dalam hostel so tak payah bayar
duit sewa rumah sebab yuran hostel dah included dalam yuran. Untuk kawan-kawan
yang duduk rumah sewa, boleh apply juga cara ni okay.
Menabung menjamin masa depan.
Masa kecik-kecik mesti setiap orang ada tabung kan. Tapi
bila umur makin bertambah rasa nak menabung tu makin hilang. Aku pun dah lupa
aku jumpa tagline “Menabung menjamin masa depan” ni dekat mana. Tapi bila
fikir-fikir balik ada betulnya jugak. *lambatnya aku fikir. So sekarang ni kita
boleh start menabung. For those yang dah lama start tu thumbs up saya bagi. Dulu
aku pernah try menabung macam ni masa tahun 1 degree tapi sekarang dah tak dah
sebab apa entah lupa dah. Yang lawak kitorang namakan tabung tu “Tabung I
phone”.hahhahaa. sebab nak beli I phone laa kot masa tu. Tak matang je rasa. Tapi
kalau ada impian nak sesuatu mesti lagi boost up semangat kita untuk kumpul
duit. Menabung tu boleh je kalau seminggu RM5 ke. Kalau rasa macam banyak boleh
je seminggu RM1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.
 |
cara-cara jimat duit-Iftar Jama'ie dgn kwn 1 course. dpt pahala pulak tu in sya Allah |
Rasanya macam dah banyak je aku mengomel. so hope
dapat apply idea ni. Just sharing. and you all mesti ada idea yg lebih awesome daripada ni. Enjoy yaa.